BODOH dan bahlol. Itulah perkataan yang layak diberi pada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim atau lebih dikenali Khalid gagap. Memang muka tak malu. Melenting tak tentu pasal kerana tidak dijemput ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri baru-baru ini. Dia tah faham bahawa mesyuarat itu adalah mesyuarat khas hanya untuk menteri besar dan ketua menteri Barisan Nasional (BN) sahaja. Kenapa dia pulak yang melenting?..dah tu pulak menyelar Perdana Menteri, DS Najib tidak 'professional'. Dah le gagap, bodoh pulak tu.
Berikut dengan kenyataan si Khalid gagap tu, ini jawapan dan penjelasan dari Perdana Menteri DS Najib kepada media :
[Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan kerajaan Persekutuan tidak menjemput menteri besar dan ketua menteri negeri yang ditadbir pembangkang dalam mesyuarat penyelarasan kelmarin, bukan satu isu kerana ia merupakan amalan biasa sejak sekian lama.
Perdana Menteri berkata, mesyuarat tersebut hanya terhad kepada menteri besar dan ketua menteri negeri ditadbir Barisan Nasional (BN) sahaja dan ia tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun beliau berkata, bagi mesyuarat yang membabitkan Majlis Tanah Negara, Kerajaan Tempatan dan Jawatankuasa Kewangan Negara, semua menteri besar dan ketua menteri termasuk dari negeri pembangkang dijemput.
“Ini amalan sejak dahulu lagi. Saya telah lama dalam kerajaan, apa masalahnya. Soal jemputan tidak perlu berbangkit. Mereka (pembangkang) pun banyak mesyuarat tetapi tidak pernah jemput kita. Itupun hendak dipersoalkan,” katanya sinis. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertikaikan soal jemputan ke mesyuarat penyelarasan tersebut, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengesahkan kehadiran Ketua Wanita UMNO yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada mesyuarat MT malam ini. Namun Najib berkata, isu berhubung kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang dikaitkan dengan Shahrizat tidak dibincangkan.
Sementara itu Najib berkata, mesyuarat malam ini menetapkan 1 April hingga 15 Jun sebagai tarikh diadakan persidangan tahunan cawangan manakala persidangan perwakilan bahagian pula ditetapkan pada 1 Julai hingga 15 September depan.
“Mesyuarat juga memutuskan sambutan ulang tahun UMNO ke-66 pula buat pertama kalinya akan disambut secara meriah di Stadium Merdeka pada 11 Mei akan datang.
“Mesyuarat juga dimaklumkan keahlian UMNO sehingga 31 Disember tahun lalu bertambah seramai 113,116 orang menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 3,335,878 orang,” ujarnya].
p/s Kata IBM : "Memang begitulah perangai pembangkang. Tak memahami peraturan dan undang2 negara. Asyik-asyik nak salah orang. Depa tu betul benar ke?..lagi-lagi si Khalid gagap tu....bahlol punya MB. Rakyat Selangor betui2 kecewa cara dia mentadbir negeri, dan dia dichop "Mr Failure". Kepada DS Najib, pesetan mereka2 ni...kita buat kerja kita. PRU ke-13 pun dah nak dekat ni. Tunggu signal dari DS je. Jentera2 BN sudah bersedia."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment