Pages

Sunday, February 19, 2012

Komplot Menjatuhkan Kerajaan BN Gagal. Anwar Terkangkang. Tahniah John Soh!!




BEBERAPA pendedahan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin kebelakangan ini menarik perhatian ramai. Terbaru, aktivis pembangkang itu mendakwa kegagalan Anwar Ibrahim merampas kuasa menerusi rancangan 16 September 2008,adalah kerana peranan seorang tokoh perniagaan, John Soh Chee Wen (GAMBAR).

Menurut Raja Petra, John Soh enggan menyumbang RM300 juta seperti yang diminta oleh Ketua Pembangkang itu untuk digunakan bagi ‘membeli’ atau sebagai bayaran pendorong kepada 30 Ahli Parlimen.

Anwar merancang untuk membayar RM10 juta kepada setiap seorang bagi membolehkan beliau mengambilalih tampuk pemerintahan negara. Dikhabarkan betapa beliau sangat terdesak berbuat demikian kerana antara lain mahu mengelak daripada perbicaraan kes liwat kedua. Bagaimanapun John Soh yang merupakan sahabat Anwar dan antara pembiaya utama PKR tidak bersetuju kerana ia bercanggah dengan demokrasi. Sejak itu hubungan mereka tidak lagi rapat sebelum John Soh akhirnya meninggalkan beliau.

Awang angkat topi kepada John Soh. Tanpa disedari, peranan beliau cukup signifikan dalam menggagalkan cubaan rampasan kuasa 16 September yang ternyata membelakangkan rakyat. Begitu juga kepada Raja Petra yang berani mendedahkan banyak kepincangan Anwar dan PKR. Seperti menjadi harapan Awang dan ramai lagi warga negara, beliau hanya mahu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin yang tiada kredibiliti dan integriti. Insya-Allah.

p/s : IBM kata, "Kalau hati tu busuk, niat tak baik dan tidak bermoral, tuhan tak izinkan sesuaru perkara berlaku. Begitu jugaklah tentang niat buruk si nuar ni. Biar apa sekali pun perancangan yang dia buat, sehingga rakyat pun di kelentong,  kena kencing, dibutakan  mata, tapi, selagi tuhan tidak mengizinkan, maka ianya tidak akan terjadi. Maka, sebab itulah segala apa yang Anwar rancangkan tidak menjadi, dan dia tidak akan dapat menjadi Perdana Menteri seperti mana  yang beliau idam-idamkan. Sampai dia mampus pun dia tidak akan berjaya. Dan kalau dia mampus nanti, kuburnya akan sentiasa berasap. Kerana apa?....kerana dosanya terlalu besar terhadap rakyat, bangsa dan negara juga dengan Allah swt."

SUMBER : UTUSAN ONLINE. TERIMA KASIH.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. dia akan turun dari langit sebagai imam mahadi

    ReplyDelete
  2. Salam ishak.ibrahim,

    Betul tu....dan kerana Anwar anugerah tuhan, kata isterinya Wan Azizah....tapi, Anwar tak takut pun pada tuhan dan kemungkinan dia tak percaya ujudnya tuhan. Kalau tidak kenapa dia berdusta, berzina. Pendek kata dialah manusia yg tak bermoral. Jadi, mcm mana yg Wan Azizah kata Anwar anugerah tuhan..?...kelakar..kelakar, kelakar betui suami isteri dari keluarag 'puaka' ni.

    ReplyDelete