Pages

Wednesday, February 15, 2012

Pembangkang Kata BR1M 'Rasuah', Tapi Depa Yang Kebas Dulu. HAMPEHH!!


SIAL. Memang sial punya pembangkang. Tak habis-habis depa nak menghasut rakyat supaya jangan ambik duit bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang diberi oleh kerajaan. Kononnya duit itu berupa 'rasuah'. Kepala hotak depa!!. Apa le punya dajjal pembangkang di Malaysia ni. Depa kata rasuah, tapi, sebaliknya mereka le orang yang pertama mengisi borang dan mereka juga orang pertama yang mendapat bantuan tersebut.

IBM tak faham le dari segi mana bantuan kerajaan kepada rakyatnya di panggil 'rasuah'?. Apa, salahkan kerajaan menghulurkan bantuan kepada rakyatnya yang memerlukan bantuan?. Kalau tidak dibantu, depa akan mencemuh kerajaan dan mengkritik kerajaan kejam dan sebagainya. Apa lagi yang tak kena pada pembangkang ni?


Kalau itulah modal pembangkang untuk mengaburi mata dan hati rakyat, IBM positif rakyat akan menolak mereka. kalau betul-betul, iaitu pembangkang berjiwa rakyat dan pembela rakyat, kononnya, berilah bantuan, huluk, huluk le kalau betul-betul ikhlas. Dan, seperkara lagi, IBM cabar pembangkang melaporkan kepada SPRM bahawa kerjaan Barisan Nasional telah merasuah rakyat. Ada berani ke?

IBM kesian tengok Timbalan Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau terpaksa turun padang dan menerangkan bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, bukan rasuah. Beliau menegaskan, itu duit rakyat, jadi kalau ianya duit rakyat maka rakyat berhak menerima duit bantuan tersebut. Jadi, apa jadahnya pembangkang mengatakan itu duit rasuah!!!.

Oleh itu, IBM sependapat dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin agar mereka (pembangkang) tidak memutar-belitkan perkara yang memberi kebaikan dan manafaat kepada rakyat dan hentikan lah politik dan amalan songsang depa sehingga boleh mengelirukan orang ramai. Kepada orang ramai, dengar-dengarkanlah nasihat dan penjelasan yang dibuat oleh wakil-wakil dari Kerajaan, wakil rakyat, penghulu-penghulu, apatah lagi dari mulut Timbalan Perdana Menteri Malaysia sendiri.

Kerajaan Barisan Nasional memang komited dan memang sentiasa menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat, tapi, bukan pembangkang yang hanya tahu berjanji, janji hanya tinggal janji dan mereka akan membuat janji-janji baru setiap kali menjelang Pilihanraya Umum ataupun Pilihanraya kecil. Itulah yang mampu dibuat oleh pembangkang. Nasihat IBM kepada orang ramai, jangan tertipu buat kali kedua, kerana ianya akan memudaratkan rakyat jelata dan negara. Fikir-fikirkanlah. Sekian.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment