Peminat bola sepak berasak-asak ketika menyelamatkan diri setelah penyokong bola sepak bertindak membakar tempat duduk di Stadium Port Said, kelmarin. Sebanyak 74 orang terbunuh dan kira-kira 1,000 lagi cedera apabila penyokong bola sepak bertempur sejurus selepas berakhirnya satu perlawanan bola sepak di stadium itu, malam kelmarin.
SALAM untuk semua.
Apa sudah jadi dengan dunia bolasepak sekarang ni?. Kalau nak difikirkan, takut rasanya nak pergi menonton di Stadium-stadium kerana sikap peminat-peminat bolasepak sekarang ni agak pelik dan terlalu beremosi. Kesetian peminat-peminat pada pasukan kesayangan mereka melampau-lampau. Pasti akan jadi kecoh bila peminat-peminat kedua-dua pasukan, iaitu pasukan tuan rumah dan pasukan pelawat, bukan peliwat ye...hehehe, bila mereka tidak dapat mengawal perasaan mereka.
Sudah pasti akan terjadi maki-memaki, baling objek seperti botol minuman dan juga membaling mercun ke arah lawan. Kenapa semua ini bola terjadi?. Kita nak tengok bola, bukan nak berperang atau bergaduh di Stadium. Pulak tu, harga tiket mahal. bila difikirkan, tak berbaloi langsung turun ke stadium. Tak pasal-pasal ada yang cedera. Tapi....alhamdulillah, perkara seperti yang IBM sebutkan tadi, bukannya selalu berlaku di negara kita ini.
Perkara ini berlaku di Mesir. Boleh di katogerikan Perlawanan bolasepak berdarah. Mengikut berita, 74 penyokong maut, 1,000 lagi cedera. Ianya berlaku apabila para penyokong bertindak masuk ke padang dan bertempur sejurus selepas berakhirnya satu perlawanan bola sepak di Mesir, semalam. Para peminat dah ahli politik menuduh tentera yang memerintah gagal mencegah insiden paling berdarah selepas Presiden, Hosni Mubarak disingkirkan pada Februari tahun lepas.
Mengikut laporan di sana, sekurang-kurangnya 1,000 lagi cedera dalam keganasan itu, selepas peminat bolasepak mencoroboh masuk ke padang di bandar pelabuhan Mediterranean, sekalipun pasukan tempatan, al-Masry menewaskan pasukan pelawat dari Kaherah, Al-ahll iaitu kelab paling berjaya di mesir. Penyokong kedua-dua pasukan masuk kepadang, sebaik saja perlawanan tamat dan bertindak menyerang satu sama lain, mencetuskan panik di kalangan penonton yang lain.
Yang menyedihkan tu, kebanyakan mangsa mati terpijak dalam rempuhan penonton yang tergesa-gesa hendak keluar dari stadium, semantara sebilangan lagi terjatuh atau tercampak dari tangga, kata saksi dan para pekerja kesihatan di sana. Aduh....kesiannya. Mati katak namanya tu. Tapi, bagi orang Pas, mungkin depa kata mati syahid, hehehehe.....
Memang..memang amat menyedihkan. harap-harap perkara ini mendapat pengajaran semua, terutamanya peminat-peminat bolasepak tempatan. Jangan bertindak liar. Kalau nak sokong pasukan anda, sokonglah degna penuh berhemah dan semangat kesukanan. Insyallah.
Sumber Berita : Utusan Online. Terima kasih. - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
_________________________________________________
No comments:
Post a Comment