Pages

Tuesday, February 7, 2012

Rakyat Semakin Muak Tomahan Pembangkang...


JELEBU, – Rakyat sudah semakin muak dan dilihat tidak lagi tertarik dengan pelbagai tohmahan dan kritikan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan mengenai pelbagai program bantuan untuk rakyat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Katanya, ini kerana rakyat kini yang semakin bijak, menuntut bukti atas tohmahan dan kritikan tersebut yang dilihat gagal diberikan pembangkang sekaligus menyebabkan rakyat semakin menyokong kerajaan.
“Jadi bukti tidak ada, maka Barisan Nasional (BN) yang dapat menampilkan kasih sayang ini dan kasih sayang itu sudah bertempat di hati rakyat dan sukar bagi pembangkang untuk menangkis selepas ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 280 penerima di Simpang Durian, di sini, hari ini.
Rais berkata kejayaan kerajaan melaksanakan pelbagai bentuk bantuan seperti BR1M dan bantuan RM100 untuk kanak-kanak bersekolah dicemburui pembangkang dan menyebabkan mereka melemparkan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan.
Katanya, jika dilihat dari segi rekod pembangkang di seluruh negara, mereka gagal memberi bantuan atau sumbangan seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan.
“Oleh itu jika hanya retorik yang dibawa oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kami berasa dukacita oleh kerana rakyat seharusnya tidak lagi dipesongkan dengan kata-kata kosong.
“Jadi kami mencabar sekiranya mereka benar-benar berkeupayaan wujudkanlah kebajikan yang lain. Pas katanya akan mengadakan negara kebajikan tapi saya setakat ini saya tidak nampak apa yang mereka beri kepada rakyat selain daripada kekeliruan yang muncul dari ceramah mereka,” katanya.
p/s : IBM kata : Setakat ini rakyat sudah mula sedar dan beraleh kembali menyokong kepada Barisan Nasional (BN). Rakyat sudah dapat menilai yang mana baik dan buruk dan siapa Pembangkang sebenarnya. Mereka hanya boleh menabur janji, tapi tidak menunaikannya. Janji-janji depa hanyalah janji pilihan raya. Oleh itu, kepada BN, IBM nasihatkan agar teruskan memantum ini walaupun niat kita bukanlah nak memancing undi, tapi itu adalah tanggungjawab dari kerajaan kepada rakyatnya. Insyallah kita akan terus kekal memerintah kerana rakyat tahu, hanya BN lah satu-satunya parti yang dapat membela rakyat. - IBM.
SUMBER BERITA : UMNOLINE.COM. TERIMA KASIH.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                   _____________________________________________

No comments:

Post a Comment