Pages

Wednesday, February 8, 2012

Salahuddin Berangan Jadi Menteri Besar Johor Jika PR Menang???

Berangan sakan nampaknya Salahuddin ni. Bakal Menteri Besar Johor...hehehe...

TAK habis-habis dengan 'angan-angan Mat Jening' puak-puak PR ni. Mereka mahukan Putra Jaya dan memerintah negara. Anwar dengan angannya untuk menjadi Perdana Menteri. Tak ketinggalan juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Beranggan-angan nak jadi orang No 1 Johor, maksud IBM Menteri Besar Johor lah. Mereka terlalu konfiden nampaknya untuk merampas Johor dari tangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Mengikut kata Peduruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar), 'tuan punya badan', maksudnya si Salahuddin tu le, telah meemberi lampu hijau bersetuju untuk memikul tanggungjawab tersebut. Waduhh...waduhh...sedapnya mulut Dr mahfodz ni bercakap. Macamlah depa ni dah tahu Johor akan jadi milik mereka. Siapa korang semua ni? Pas ni parti 'nujum pak belalang' ke?

Walaupun mengikut khabar angin, Salahuddin akan kembali ke negeri kelahirannya, tapi, belum pasti beliau akan diterima oleh rakyat Johor dan belum tentu dia akan menang bertanding di PRU yang akan datang ni. Janganlah gila kuasa wahai Pas. Perbetulkan dulu masalah dalaman korang yang kini dah jadi sebuah parti 'cacamarba'. Hilang tumpuan, lari perjuangan asal hinggakan ramai yang dah lari meninggalkan Pas.

Nampaknya, buat masa ini Pas sahaja yang beria-ia mengatakan Salahuddin bakal menjadi Menteri Besar Johor jika PR menang. Persoalanya. bagaimana dengan rakan kongsi korang DAP dan PKR?..adakah diorang semua setuju?. Itulah sebab IBM katakan tadi, korang semua dari PR tak habis-habis berangan. Apa korang ingat, UMNO/BN Johor akan berpeluk tubuh dan memberi kemenangan mudah pada korang?....kirim salam dan pi main-main jauh-jauh. Kami Barisan Nasional (BN) tidak pernah bercakap besar. Kami tahu sejauh mana penerimaan orang-orang Johor dan mereka tahu 'track rekod' BN di Johor.

IBM tak nak cakap banyak. Kita tunggu di PRU ke-13 nanti. IBM yakin, statement yang koran buat ini, akan membuka mata dan minda rakyat Johor, bahawa PR adalah sebuah parti yang gila kuasa dan mahu jawatan semata-mata. Belum apa-apa dah berebut-rebut dan melobi siapa yang akan jadi calon Menteri Besar Johor. IBM sarankan korang semua, duduk depan cermin dan pandang atas bawah, layak tak korang menerajui negeri Johor?. Apatah lagi untuk menalukki Putrajaya. Kirim salam. Sekian.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
                      ____________________________________________

No comments:

Post a Comment