Pages

Tuesday, February 21, 2012

Tokoh Agama Di Kelantan kata Sokong Pas Berdosa??



SALAM semua.
Mungkin anda semua tidak terkejut dengan kenyataan  seorang tokoh agama di Kelantan yang berpendapat menyokong Pas adalah berdosa. Butiran dan kenyataan beliau di bawah ini. Jom baca :

Berdosa sokong Pas?

KOTA BHARU – Seorang tokoh agama di negeri ini berpendapat, adalah berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi untuk menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah berkata, beliau sangat kecewa apabila pemimpin Pas yang selama ini lantang bercakap menegakkan Islam dan menuduh UMNO memperjuangkan kebangsaan, kini bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.

“Saya sangat-sangat kecewa dengan sikap pemimpin Pas yang bercakap menegakkan Islam, tetapi menipu diri sendiri apabila masih lagi bersama Anwar yang menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel, seteru umat Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas pendirian Pas yang terus menjalin kerjasama dengan Anwar dalam pakatan pembangkang di sebalik kenyataan Ketua Pembangkang itu kepada akhbar The Wall Street Journal, menyatakan sokongan terhadap usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Mengenai cadangan tokoh akademik Islam, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid supaya Pas mengambil alih kepimpinan pakatan pembangkang daripada Anwar, Abdullah berpendapat, perkara itu mustahil kerana ia sudah tentu mendapat tentangan daripada DAP.

p/s : IBM kata "Menuduh  yang bukan-bukan, maki-hamun terhadap Umno sudah menjadi darah daging orang -orang Pas. Sekarang ni sudah terbalik. Pendapat tokoh agama di kelantan itu, boleh diambil pakai. Dah tiba masanya segala tomahan dan cacian dari Pas terhadap Umno di tepis. Kepada penyokong-penyokong Pas, ambillah iktibar dan fikir-lah sendiri, menyokong Pas berdosa. Bukan IBM kata, tapi tokoh agama kata."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Pas parti munafiq, untuk orang orang munafiqun. Tinggalkan lah Pas agar kamu selamat dunia akhirat.

    ReplyDelete
  2. Tee Kay,

    Betul tu. Saya sokong pandangn saudara. Parti Pas Parti munafiq dan parti agama sesat lagi menyesatkan yg kini terlalu jauh sesat setelah bersekongkol dgn DAPig dan di kuasi oleh ANUgay....

    ReplyDelete