KECOH macam dipasar. Itulah yang berlaku di Parlimen hari ini dik kerana isu 'Tom Yam' je membuat pembangkang naik angin dan menyerang Datuk Tajuddin Abdul Rahman bertubi-tubi oleh beberapa Ahli Parlimen dari Kelantan. Ahli Parlimen Pasir Salak itu yang sedang membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja menimbulkan isu mengenai pembangunan ekonomi dan membuat perbandingan pencapaian antara kerajaan dengan pembangkang, terutamanya kerajaan Pas yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun.
Katanya, kita nak menuju kepada pembangunan ekonomi, kita (kerajaan) dah buat. Pembangkang kata boleh buat lebih baik, tapi mana rekodnya? Baru bagi sikit pun tak boleh buat. Dah 22 tahun memerintah, cukupkah sekadar bayar gaji penjawat awam negeri. Berapa ramai orang Kelantan yang datang ke Perak berniaga, jual tomyam sebab tak boleh buat di Kelantan. katanya.
Kenyataan Datuk Tajuddin itu bagaimanapun disalah tafsir oleh beberapa Ahli Parlimen dari Kelantan termasuk Salahuddin Ayub@Din Pudu (Pas-Kubang Kerian) yang secara keras menyifatkan kenyataan itu menghina orang Melayu yang berniaga tom yam dan meminta Tajuddin menarik semula kata-kata tersebut. Permintaan Salahuddin itu turut disokong Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Pas-Kuala Krai) dan Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat).
Apa lagi, Datuk Tajuddin yang berang akibat tuduhan yang dilemparkan bertubi-tubi itu termasuk serangan berbentuk peribadi, mempertahankan dirinya dengan menjelaskan beliau langsung tidak berniat menghina sesiapa. Cubaan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee untuk menenangkan keadaan dengan meminta mereka bertenang bagaimanapun gagal kerana tidak diendahkan, mengakibatkan kekecohan berterusan sehingga 10 minit. Bagi IBM, itulah perangai dan sikap pembangkang.
Mereka dengan sewenang-wenangnya memperlekehkan kita, tapi, bila kena kat muka depa, melenteng dan menuduh yang bukan-bukan. IBM 'salute' pada Datuk Tajuddin yang berani berterus terang, kerana apa yang diucapkan oleh beliau ada faktnya. Kenapa pula pembangkang naik angin dan marah macam orang gila? Gamaknya pemimpin-pemimpin pembangkang ni betul-betul dah gila, gila jawatan dan gila kuasa. Apapun persidangan Dewan bersambung pada hari Isnin. mungkin ada cerita yang menarik lagi untuk kita dengar dari pembangkang. Sekian. - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment