PUTRAJAYA, 8 Mac – Pemuda UMNO Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Pengarang portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin bahawa kerajaan negeri member projek secara rundingan terus dan bukan tender sejak pembangkang memerintah negeri ini pada 2008.
Laporan dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal (gambar) di Ibu Pejabat SPRM di sini pukul 2.45 petang.
“Hari ini kami Pemuda UMNO Selangor datang ke SPRM untuk membuat laporan berkenaan dengan kenyataan dalam blog Raja Petra episod 18 yang menyatakan di sini banyak bukti kerajaan negeri Selangor tidak membuka tender dan melantik kontraktor secara rundingan terus dari 2008 sampai sekarang.
“Ini adalah bertentangan dengan apa yang mereka janjikan untuk menghapuskan pemberian tender secara rundingan terus dan kami berharap SPRM dapat menyiasat perkara ini,” katanya. Sumber : UMNOnline.com
p/s : IBM Kata, "elok beno tu. IBM setuju sangat. Sejak kebelakangan Menteri Besar Selangor bercakap terlalu ego, sombong, seolah-olah dialah pemimpin yang benar-benar bersih dan kerajaan Pakatan Rakyat mengambalkan ketelusan. Ketelusan?..ketelusan tengkorak dia. Tahniah kepada Pemuda Selangor yang tampil dan membuat laporan penyelewengan yang dibuat oleh Khalid gagap dan kerajaannya. PR akan hancur. Percayalah.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment