Pages

Friday, March 2, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


02 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

KELAHIRAN Y.T.M TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1903,  Bapa  Kemerdekaan  Malaysia, YTM  Tunku  Abdul  Rahman  Putra  Al- Haj  telah  diputerakan  di Istana  Pelamin, Alor Setar, Kedah.  Merupakan  putera  ke-14  kepada  Sultan  Abdul  Hamid  Halim Shah,  Sultan  Kedah  yang ke- 28.  Bondanya  adalah  Cik  Menjalara  merupakan anak  kepada  seorang  bangsawan  Siam  bernama  Luang  Naraborirak.  Tunku  telah  memulakan  pendidikan  awalnya  di  Sekolah   Melayu   Alor   Setar  sebelum  meneruskan  pengajiannya  di  Sekolah  Debsurin, Bangkok  dan  kemudiaanya  di Penang  Free  School,  Pulau  Pinang.  Pada  tahun  1919,  Tunku  telah  melanjutkan  pelajarannya  ke  England  dan  telah  menubuhkan  Kesatuan  Melayu  Great   Britain.  Sekembali  ke  Tanah  Melayu  Tunku  telah  berkhidmat  sebagai  Pegawai  Daerah  di  Kedah.  Pada  tahun  1951,  Tunku  telah  dilantik  sebagai  Yang  Dipertua  Pertubuhan  Kebangsaan  Melayu  Bersatu  (UMNO)  menggantikan  Dato`  Onn  Jaafar  dan  seterusnya   telah  dilantik untuk  menyandang  jawatan   sebagai  Ketua  Menteri Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955.  Sesungguhnya, YTM  Tunku  Abdul  Rahman   bertanggungjawab  merintis  jalan  ke arah  kemerdekaan  Tanah  Melayu  pada  tanggal  31 Ogos  1957  serta  merencanakan  penubuhan  Negara Malaysia  pada 16  September  1963.  YTM Tunku  telah  kembali  ke  Rahmatullah pada  tanggal  6 Disember 1990  pada  usia  87 tahun  dan  telah  dimakamkan  di Makam   Diraja  Langgar, Kedah.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
 

No comments:

Post a Comment