Pages

Monday, March 5, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

LOGO NEGARA-NEGARA KOMANWEL

05 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

MALAYSIA MENARIK DIRI DARI KUMPULAN 8 NEGARA KOMANWEL

Pada hari ini 5.3.1971, Malaysia telah menarik diri dari menjadi anggota Kumpulan Badan Pengkaji 8 Negara Komanwel. Pengumuman ini dibuat oleh Kementerian Luar Negeri sebagai bantahan terhadap pengumuman Britain hendak membekalkan helikopter jenis Wasp kepada negara Afrika Selatan tanpa menunggu laporan dari kumpulan negara yang membuat kajian. Kumpulan Badan Pengkaji tersebut dibentuk oleh negara-negara Komanwel di Singapura pada bulan Januari 1971 untuk mengkaji masalah penjualan senjata Britain kepada Afrika Selatan. Malaysia telah pun menjelaskan sikapnya bahawa sebarang keputusan Britain untuk menjual senjatanya kepada Afrika Selatan sebelum kumpulan itu selesai menjalankan tugasnya akan menjejaskan kerja-kerja kumpulan itu. Malaysia merupakan negara ketiga dari 8 buah negara anggota kumpulan yang menarik diri berikutan keputusan Britain. 2 buah negara terdahulu ialah Nigeria dan India.Dengan penarikkan Malaysia dari menjadi anggota kumpulan 8 Negara Komanwel pada hari ini dalam tahun 1971 hanya tinggal lagi 5 buah negara yang mengekalkan keanggotaannya iaitu Australia, Britain, Kenya, Canada dan Jamaica. 
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment