Pages

Tuesday, March 6, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


06 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PELANCARAN PERODUA RUSA
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1996,   Perdana  Menteri,  YAB  Dato’  Seri  Dr.  Mahathir  Mohamad   telah  melancarkan  Kenderaan  Serbaguna (MUV)  Malaysia  yang  pertama, Perodua  Rusa  bertempat  di  Dewan  Merdeka,  Pusat  Dagangan  Dunia  Putra  (PWTC),  Kuala  Lumpur.  Hadir  sama  dalam  majlis  pelancaran  tersebut ialah YM  Raja  Tun  Mohar  bin  Raja  Badiozaman,  Pengerusi  Perusahaan  Otomobil  Kedua  Sdn.  Bhd.  Berucap  pada  majlis  tersebut  Perdana  Menteri,  menyifatkan  kemunculan  Perodua  Rusa  dalam  rangkaian  kenderaan  Perodua  adalah  tepat  pada  masanya  kerana  kenderaan  yang  bersifat  serbaguna  ini  sangat  sesuai  dengan  keperluan  rakyat   Malaysia.  Tahun  1995,  merupakan  tahun  pertama  Perodua  beroperasi  sepenuhnya  sepanjang  tahun  melalui  pengeluaran  dan  penjualan   Perodua  Kancil,  Perodua  telah  berjaya  meluaskan  asas  pasaran  kenderaan  dan  seterusnya  menguasai  17.7  %  pasaran  dan  menjadikannya  kedua  terbesar  selepas  Proton.  Perodua  Rusa  telah  dilancarkan  dalam  jangka  masa  hanya  18  bulan  selepas  pelancaran  Perodua  Kancil  dan mencerminkan  komitmen  Perodua  dalam  memperkukuhkan  industri  automobil  negara.  Langkah  itu  bukan  sahaja  selaras  dengan  matlamat negara  untuk  menjadi  sebuah  negara  perindustrian  tetapi  juga  memperluaskan  tahap  kemahiran  dan  pengetahuan  nasional  dalam  industri  automobil. 

SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment