Pages

Thursday, March 15, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


15 MARCH

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

SEMINAR ANTARABANGSA `PEMBANGUNAN DALAM TAHUN 80-AN’ ANJURAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Sesuatu seminar akan memainkan peranan penting dalam menghasilkan resolusi-resolusi yang baik dan praktik yang akan dapat dimanfaat dan dikongsi bersama oleh kerajaan dan rakyat dalam usaha-usaha untuk melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan negara. Di atas kesedaran tersebut Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Seminar Antarabangsa `Pembangunan Dalam Tahun 80-an’. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Musa Hitam pada 15.3.1981 bertempat di Hotel Equatorial, Kuala Lumpur. Di dalam seminar tersebut beberapa kertas kerja telah dibentangkan, yang mana telah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan proses pembangunan negara, mempelbagaikan aktiviti pembangunan negara sama ada di bidang pertanian, bidang perindustrian dan lain-lain. Dalam ucapan perasmiannya, Dato’ Musa Hitam berkata bahawa penyelarasan dan pengawasan merupakan 2 aspek penting yang dapat menjamin kejayaan perlaksanaan rancangan-rancangan pembangunan negara kita. Katanya lagi, sebagai langkah untuk memastikan bahawa projek-projek kerajaan sama ada yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Keempat ataupun lain-lain dapat dilaksanakan degan cepat, maka kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet untuk mengkaji langkah-langkah mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan. Seminar yang diadakan pada hari ini diharap akan dapat menghasilkan resolusi-resolusi terbaik yang mana akan dapat mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan di semua peringkat.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment