GAMBAR HIASAN
18 MARCH
SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN
PERTANDINGAN MEMBACA AL-QURAN PERTAMA DIADAKAN DI TANAH MELAYU |
Pada hari ini dalam tahun 1960, satu Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Kebangsaan telah diadakan. Pertandingan selama empat hari ini yang diwakili oleh sebelas buah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas inisiatif Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman yang bertujuan untuk meningkatkan syiar Islam dan pembangunan rohani umat Islam. Pertandingan ini diadakan pada bulan Ramadhan dan menjadi acara tahunan. Pada awalnya, pertandingan membaca al-Quran menjadi amalan tradisi di beberapa negeri di Persekutuan Tanah Melayu. Pada 5 September 1947, PEKEMBAR telah menganjurkan pertandingan ini di peringkat negeri Johor, manakala Tunku Abdul Rahman pernah mengadakan pertandingan tersebut di negeri Kedah pada tahun 1951 dan kemudiannya mengambil daya usaha menganjurkannya di antara negeri Kedah dan Johor pada tahun 1959. Nama pertandingan ini telah ditukarkan kepada Musabaqah Membaca al-Quran sebelum ditukarkan menjadi Majlis Tilawah al-Quran. Ia juga telah mula diadakan di luar bandar Kuala Lumpur dan di luar daripada bulan Ramadhan sejak tahun 1981. Sesungguhnya, kerajaan berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha untuk meningkatkan syiar Islam dalam mengisi kemerdekaan negara.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
|
No comments:
Post a Comment