Pages

Tuesday, March 20, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH

 GAMBAR TENTERA BRITISH

20 MARCH

PERJANJIAN PENARIKAN KELUAR TENTERA BRITISH DARI MALAYSIA

Hubungan dalam bidang ketenteraan di antara Malaysia dan British masih lagi terjalin, walaupun negara telah mencapai kemerdekaan.  Hasil daripada hubungan ketenteraan, bantuan bukan sahaja dalam bentuk peralatan dan kepakaran, tetapi juga askar sendiri, gerakan menghapus Komunis di zaman darurat banyak mendapat bantuan askar-askar daripada luar negara terutama daripada British. Pada hari ini 20.3.1968, satu perjanjian penarikan keluar tentera British dari Malaysia telah ditandatangani, Malaysia diwakili Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Jabatan Perang En. S.J.H. Zaidi, manakala pihak British diwakili oleh Setiausaha Pasukan Tentera E.C.E. Starling. Berikutan penarikan tentera British dari Malaysia telah mengakibatkan 20,000 orang kehilangan pekerjaan.  Menurut perjanjian yang ditandatangani bekas anggota tentera akan dibayar faedah-faedah pemberhentian kerja mengikut lama masa bekerja.  Dianggarkan sebanyak 60 juta akan dibayar kepada yang terlibat dalam pasukan ini. Dengan termeterainya perjanjian ini, tamatlah hubungan ketenteraan Malaysia dengan pihak British.  Namun begitu usaha-usaha telah dijalankan sejak daripada awal kemerdekaan lagi mewujudkan pasukan pertahanan negara sendiri, sekaligus membuktikan kemampuan Malaysia berdikari di bidang pertahanan tanpa sebarang campur tangan asing.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

1 comment:

  1. Salam Adik Sayang,
    Transformasi BN adalah transformasi yang telus. Ianya untuk semua lapisan rakyat, tak kira bangsa agama dan umur. Ini membabitkan hala tuju dan masa depa rakyat khusunya kepada Mahasiwa2 seperti anda. Kalaulah anda seorang Mahsiswa....berilah sokongan, dan jadikah manusia yg berterima kasih kepada kerajaan yg telah lama berjasa pada rakyat.

    Kita ianya diteruskan dan...transformasinya bermula sekarang....insyallah..:)

    ReplyDelete