Pages

Friday, March 16, 2012

Lawatan Kerja Sehari PM Ke Selangor Ahad Ini


SALAM 2 ALL,
SHAH ALAM  — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan lawatan kerja sehari ke Selangor Ahad ini di bawah program ‘Nurani Rakyat’ di Petaling Jaya, Shah Alam dan Puchong. Kordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed berkata, lawatan kerja Najib bagi mendengar denyut nadi rakyat akan bermula di Petaling Jaya, pada sebelah pagi. Pada lawatan kerja itu, Najib antara lain akan menyertai perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana yang dijangka dihadiri 30,000 penduduk dari lima kawasan Parlimen – Sepang, Serdang, Puchong, Hulu Langat dan Kuala Langat, katanya.


Program perhimpunan bersama rakyat itu turut mengadakan pameran dan jualan pelbagai produk pertanian dalam Karnival Produk Pertanian bermula jam 10 pagi manakala pada 4 petang akan berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru dari lima Parlimen berkenaan serta insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR. Mohd. Zin berkata, menerusi lawatan itu, selaku Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Najib mahu memastikan apa jua usaha beliau dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut kerap turun padang di negeri ini, menepati kehendak masyarakat setempat dan dilaksanakan mengikut jadual.

Perdana Menteri mahu menyediakan lebih banyak ruang untuk mendekati denyutan nadi rakyat di Selangor yang sudah mula menyatakan secara terbuka bahawa mereka sudah bersedia untuk memilih semula BN supaya kembali mentadbir negeri ini dengan lebih cekap, katanya. “Gerak kerja di bawah program ‘Nurani Rakyat’ dengan tema ‘Sayangi Selangor Yakin BN’ mendapat sambutan baik dan masyarakat di semua pelosok negeri berlumba-lumba menjemput dua pemimpin tertinggi negara itu datang ke tempat mereka,” kata Mohd. Zin yang juga Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya BN Negeri. — TERIMA KASIH BERNAMA.

p/s : IBM Kata, "Turun jangan tak turun. Rakyat negeri Selangor sudah mula menerima DS Najib dan mereka senang dengan kehadiran DS Najib ke Selangor. Bunga-bunga untuk merampas kembali sudah terlihat, rakyat Selangor mahukan perubahan, dan perubahan itu hanya boleh dilaksanakan dibawah kepimpinan Barisan Nasional (BN). Insyallah."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment