Pages

Saturday, March 3, 2012

Sabery Cheek Kata Mahfuz Kaki Bohong, Temberang!!


MEMANG betul. IBM rasa Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz @ Mr. Bean ni tengah sakit tenat. Beliau memerlukan rawatan segera. Kalau tidak beliau akan ketinggalan 'keretapi' dan tak dapat bertanding di PRU ke-13 nanti. Kenyataan dan komen beliau di akhbar-akhbar sejak kebelakangan ini agak keterlaluan, tidak lojik dan tidak masuk akal. Sebiji macam budak-budak sekolah. IBM rasa budak sekolah lagi bagus.

Semalam, Mahfuz@Mr.Bean, buat hal lagi. Bercakap ikut sedap mulut je dan tanpa fakta. Untuk itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek terpaksalah menjelaskan dan juga menafikan dakwan si Mahfuz banggang lagi bodoh tu. IBM rasa, Mahfuz ni dah kena 'sakit jiwa' dan perlu diberi kaunseling. Tapi, IBM tak terkejut pun dengan statement yang Mahfuz buat. Tak lojik langsung kalau Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan dana RM30 juta untuk membiayai program Datuk Dr Hasan Ali. Hilang akal ke?.

Kepada Mahfuz, kalau nak berbohong tu, berpada-pada le. Jangan jadi seperti budak-budak Sekolah. Apa yang KBS dapat dari menaja Datuk Dr Hasan Ali?. Sebenarnya, dari pemikiran IBM, PAS takut dan mula gentar dengan populariti Datuk Dr Hasan Ali. PAS sudah pasti akan tergugat di PRU ke-13 nanti. Maka, PAS dan Mahfuz mulalah buat cerita yang tak masuk akal ini. Pembaca semua nak tahu,.... itulah perangai pemimpin-pemimpin PAS yang sebenarnya. 

Jadi, bolehkah kita menerima pemimpin-pemimpin seperti pemimpin pembangkang yang mementingkan diri sendiri dan mendahulukan politik daripada rakyat. Mereka suka berjanji. Tapi tidak ditunaikan. Janji-janji mereka semuanya kosong, ibarat tin kosong. Setelah apa yang mereka hajati telah tercapai, maka rakyat mereka abaikan. Maka, sudah tiba saat dan ketikanya rakyat berfikir. Kalau disokong juga mereka ini, IBM berani potong jari tangan ni, negara kita akan hancur, ekonomi akan jatuh, rakyat merana dan silap hari bulan negara jatuh muflis, habis kekayaan mereka kebas. Percayalah. Fikir-fikirkanlah. Sekian dari saya. - IBM

                                      TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA   

No comments:

Post a Comment