JIKA negeri ini dilabelkan sebagai Selangor Darul Maksiat oleh pembangkang sebelum ini, kata-kata itu telahpun memakan diri mereka sendiri, laksana meludah ke langit, jatuh terkena muka sendiri.
Itu semuanya kuasa Allah, yang mahu rakyat berfikir, antara kaca dan permata.
Belum pun sempat kerajaan negeri membersihkan maksiat yang berleluasa gara-gara rumah urut dan hotel bajet yang berlambak di Selangor, sampah pula telah mencemarkan setiap pelusuk negeri, gara-gara kegagalan yang berpunca dari sikap politiking kerajaan negeri terhadap kontraktor-kontraktor berpengalaman, yang telah mengurustadbir masalah sampah dengan baik sebelum ini.
Dan masalah yang berlarutan ini telah menyebabkan kemarahan rakyat, yang seharian menahan bau busuk, bukan sahaja dari tapak pembuangan sampah, malahan dari lori sampah yang hanya mengutip sampah berkenaan sekali seminggu. Bayangkan betapa busuknya sampah yang sudah seminggu terbiar.
Sindrom penafian sudah sebati di dalam diri mereka. Saban hari cuba menafikan, dan seperti biasa, UMNO dan BN lah yang dipersalahkan, kononnya membuat sabotaj terhadap kutipan sampah. Tergamaknya kerajaan negeri memberi alasan pendek akal seperti itu, kerana rakyat sendiri menilai, bagaimana servis kutipan sampah dipolitikkan oleh wakil-wakil rakyat mereka.
Sidang DUN semalam memperlihatkan keberanian YB Sekinchan, Ng Sue Lim mengakui bahawa kerajaan negeri telah gagal secara total dalam perkara mudah seperti kutipan sampah secara berjadual ini. Letak ke tepi segala yang lain, kerana kutipan sampah adalah tugas mudah, dan tidak memerlukan penerangan dari seorang pakar nuklear.
Asas kesejahteraan, iaitu kebersihan pun tidak mampu dikawalselia dengan baik oleh kerajaan negeri. Inikah negeri kebajikan? Inikah yang dimaksudkan sebagai Baldatun Toyyibatun Wa Robbul Ghaffur? Perlu diingatkan, kebersihan adalah sebahagian dari iman.
Cuba menjadi hero, kononnya prihatin kepada rakyat, Ng Sue Lim telah mencadangkan agar satu jawatankuasa menangani sampah ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah itu.
Secara halus, Ng Sue Lim sebenarnya cuba menambah risiko teruk dihentam ke atas Khalid Ibrahim. Cadangan perlantikan itu bukanlah sebuah pujian. Ng dilihat cuba menutup kelemahan Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu yang juga rakan sekutunya dari parti DAP.
Rakyat Selangor perlu faham, urusan kutipan sampah di bawah seliaan PBT, yang sekaligus memalitkan nama Ronnie Liu sebagai salah seorang yang perlu bertanggungjawab, selain bosnya, iaitu Menteri Besar.
Ng bijak. Dia menjaga maruah rakan sebangsa dengannya, dan meletakkan “melayu PKR” sebagai “punching bag” kerana Ng tahu sesungguhnya campurtangan Ronnie Liu lah yang menyebabkan seliaan sampah terjejas teruk, selain kebebalan Menteri Besarnya.
Ahli majlis dilantik di kalangan kroni, malah ada campurtangan DAP dalam perlantikan ahli majlis di Selangor. Ahli majlis bukan sahaja membawa masuk kroni mereka, malah kroni mereka terjelir lidah melihat deretan peluang tender kutipan sampah.
Dan apabila kroni mereka itu mula kiasu, bangkitlah ultra kiasu, akhirya sesiapa pun pasti akan disingkirkannya, demi fahaman chauvinist nya!
Apabila Khalid dicadangkan sebagai pengerusi jawantankuasa sampah, Ng sebenarnya cuba berkata bahawa itulah Menteri Besar Sampah!
p/s : IBM Kata, "kalau sindiran yang begitu rupa dari rakan kongsinya DAP, si Khalid masih tak faham lagi..tak tahulah manusia apa sebenarnya si Khalid ni. Senang-senang di perbodohkan oleh cina DAP ni sama seperti hinanya sampah yang kini semakin kritikal masalahnya di Selangor. Merata-merata rakyat bercerita pasal sampah. Bagus le tu. Itulah yang dikehendaki oleh melayu PKR. Nama je MB, tapi...nilainya tak ada ada langsung, lebih teruk dari sampah. Apapun, persetankan masalah PR ni. KIta pastikan di PRU ke-13 nanti, Selangor kembali ke tangan BN. Insyallah."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment