Pages

Thursday, March 29, 2012

'SMS' Speaker Jadi Pembohongan Kerajaan Selangor Selama ini....



Hasrat speaker Dun Selangor berpesan kepada Exco-Exco agar melakukan yang terbaik kerana itu mungkin sidang Dun yang terakhir akhirnya memakan dirinya.
Sidang Dun yang beliau ramalkan yang terakhir itu memakan dirinya sendiri gara-gara sistem pesanan blackberry darinya.
Mungkin benarlah itu sidang yang terakhir yang dikendalikannya dan tuhan hendak tunjukan kepada rakyat Selangor tentang sifat-sifat munafik mereka yang memerintah Selangor sekarang ini dalam sidang yang penutup.
Peristiwa memalukan dalam persidangan DUN Selangor itu tidak pernah berlaku di mana-mana negara kecuali inilah satu-satu yang pernah wujud di atas muka bumi apabila speaker kantoi menghantar mesej arahan yang bias dan memihak semasa mempengerusikan persidangan.
Umum mengetahui tugas dan tanggungjawab seorang speaker selain mengawal perjalanan dewan, speaker juga perlu berlaku adil dan tidak memihak sekalipun dirinya adalah pemimpin parti politik tertentu.
Jika dalam persidangan Dun pun speaker dari DAP tidak mampu berlaku adil dan bersikap telus, adakah anda percaya dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak berlaku ketirisan dan ketidaktelusan ?
Misalnya dalam urusan pembahagian tender dan kontrak kerajaan, perlantikan jawatan dan pengurusan kewangan negeri yang sebelum ini pun banyak menimbulkan keraguan ramai terhadap ketelusannya.
Dari kejadian ini dapat disimpulkan yang DAP sememangnya sekian lama telah menguasai arah tuju pentadbiran negeri, ini sekaligus menimbulkan persoalan terhadap keupayaan Menteri Besar dalam tadbir urus negeri.
p/s : IBM Kata, "Memang selamanya, tiada ketelusan dari kerajaan PR Selangor. Mereka banyak main wayang, membodohkan rakyat, dan ini juga bermakna mereka telah memperbodohkan DYMM Sultan Selangor. Elok benar perkara ini diajukan kepada pihak Istana diatas pembohongan kerajaan PR. IBM setuju benar sekiranya satu memorendum khas dihantar kepada DYMM Tuanku Sultan untuk diambil tindakan. Memang kurang ajar dan kerajaan penipu PR ni."
SUMBER : SELANGORDAILY.COM ~ TERIMA KASIH.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Dah byk bukti Allah tunjuk ttg kemunafikan PR ni, tp malangnya masih ramai melayu islam yg buta mata hatinya

    ReplyDelete
  2. Salam Aliffnajmi,

    Apa nak buat. Mata dan hati puak2 PR ni telah dibutakan oleh pemimpin2 PR yang begitu rakus utk menjahanamkan negara. Oleh itu, mari kita sama2 berdoa agar Allah swt turunkan 'bala' terhadap mereka.

    ReplyDelete