Pages

Thursday, March 29, 2012

SPR : DAFTAR SEBELUM AHAD INI.....



Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan pada bulan Jun ke atas.

p/s : IBM Kata, "cepat, cepat. Nanti menyesal. Rugi kalau tidak mendaftar sebagai pemilih. Kalau anda semua seorang rakyat prihatin dan sayangkan negara, elok beno le daftar. Sesiapa yang mendaftar sebelum hari Ahad ini, dia otomotik layak untuk mengundi pada PRU-13 ini."

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment