INI bukan IBM reka cerita, tapi ianya dari mulut dua tokoh ulama di negeri ini yang menyeru umat Islam supaya menolak pemimpin yang mengamalkan biseksual kerana amalan tersebut dilaknat oleh Allah. Malah kedua-dua mereka berpendapat wajib umat Islam berbuat demikian bagi mengelakkan negara ditimpa 'malapetaka' yang besar pada masa depan.
Pengasas Pondok Geting, (tak payah sebut namalah) berkata, individu yang mengamalkan biseksual adalah golongan fasik yang tidak boleh diterima sama sekali sebagai pemimpin dan wajib ditentang. Beliau berkata, golongan itu juga akan merosakkan agama kerana mereka lebih mementingkan hawa nafsu dan terikut-ikut dengan budaya barat.
"Dari segi agama Islam, biseksual adalah kelakuan yang dilaknat oleh Allah, mereka ini adalah golongan fasik dan wajib kita tentang habis-habisan," kata mereka. IBM memang setuju. Bagaimana dengan para pembaca semua, setuju tak?. Agak-agak le, siapa yang dimaksudkan oleh tokoh-tokoh ulama tu?. IBM pasti anda semua ada jawapanya. Kan? - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment