SEMALAM, Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab menggesa dan mencabar Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menafikan segala tuduhan yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan salah laku moral, termasuk dakwaan terbaru oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan. Zabariah berkata, sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan isteri kepada Ketua Pembangkang itu, Wan Azizah mempunyai tanggungjawab besar untuk memberi penjelasan kepada rakyat.
IBM pun setuju dengan pandangan Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang itu. Sebagai pemimpin parti, Wan Azizah tidak boleh membiarkan wujud pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat terhadap Anwar. Sebab itu Wan Azizah mesti tampil menafikan semua salah laku Anwar. Jika Wan Azizah tidak berbuat demikian ia akan menimbulkan persoalan besar dalam kalangan rakyat, kata Zabariah dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Apapun, jelas bahawa Wan Azizah memaksa dirinya berbohong dan akan terus mempertahankan Anwar kerana takut dicop sebagai 'isteri derhaka'. Isteri mana yang tak sayangkan suami kan?. Apa jua yang suami buat, terpaksalah terima. Politik songsang pun politik songsahlah, asalkan bahagia. Begitulah apa yang terjadi pada Wan Azizah. Delima dan derita yang ditanggungnya selama ini akan berterusan sehingga cita-cita si suaminya yang bernama Anwar tercapai.
Bagi Wan Azizah, dosa tolak belakang. Demi maruah keluarga, suami, berbohong itu sudah menjadi 'sarapan' baginya, begitu juga dengan anak-anaknya. Mereka takut dan taksub pada Anwar. Persolaanya, sampaikah cita-cita Anwar untuk menjadi 'Perdana Menteri', dan sampai bilakah Wan Azizah akan berbohong?.....ehmm..jawapanya ada pada Wan Azizah sendiri. Kalau tak percaya, pi tanya dia. - IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment