Pages

Saturday, April 14, 2012

AS Tahan Shah Rukh Khan?..India Marah....

KERENAH ARTIS LUAR NEGARA......


NEW YORK - India melahirkan rasa marah dengan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kerana menahan aktor popular Bollywood, Shah rukh Khan kira-kira 90 minit di lapangan terbang White Plains dekat sini, hari ini.
Menteri Hal Ehwal Luar India, SM Krishna berkata, dasar menahan dan kemudian minta maaf di pihak berkuasa AS tidak harus berterusan. Aktor itu tiba di lapangan terbang White Plains dengan menaiki pesawat peribadi untuk menghadiri satu majlis di Universiti Yale. Pihak berkuasa Kastam dan Perlindungan sempadan memohon maaf atas insiden itu.
Jurucakap Kedutaan AS di Delhi, Peter Vrooman juga memohon maaf jika Shah Rukh Khan berhadapan dengan situasi yang tidak selesa atau sebarang kelewatan. Tidak jelas sebab aktor itu ditahan di lapangan itu. Pada 2009, shah Rukh Khan ditahan selama dua jam di lapangan terbang NewYork dan kemudian dibebaskan selepas campur tangan India di AS.
Ketika itu, Shah Rukh khan berkata, dia ditahan sebab membawa nama Islam. Pegawai-egawai AS menafikan Shah Rukh Khan ditahan, tetapi menekankan bahawa dia hanya disoal siasat. Permohonan maaf Amerika menjadi sesuatu yang mekanikal, kata Krishna hari ini. Krishana juga telah meminta duta India di AS, Nirupama Rao mengemukakan protes kepada kerajaan negara itu.
p/s : IBM Kata, "mungkin AS ingat Shah Rukh Khan ni penganas kot. Dasar Yahudi macam tu lah. Takut dengan bayang2 mereka sendiri, lepas itu cop orang sebagai penganas dan tahan tanpa sebab."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment