Pages

Saturday, April 21, 2012

Bekas Penyunting 'Wall Street Journal' Kata Najib Popular, Memang Popular Pun. Anwar Mesti Benggang Habis!!!...



INI adalah kata-kata dari seorang yang berpengaruh dan berpandang luas tentang politik. Penulisannya pun di terima pakai oleh seluruh dunia. Bukan IBM kata, tapi, dari seorang mengerti apa itu pejuangan dan POPULORITI. Sekali pun BN kehilangan lebih kerusi dalam pilihan raya akan datang, usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak seperti terjadi kepada pendahulunya sebelum ini masih dianggap langkah tidak bijak, kata penulis terkenal.

Barry Wain (Gambar bawah) berkata, Perdana Menteri DS Najib amat popular di kalangan rakyat sekarang ini, malah kerajaan serta Barisan Nasional (BN) bergantung kepada pengaruh beliau. Katanya lagi, "walaupun Najib masih menang di dalam pilihan raya nanti, tetapi akan jatuh beberapa kerusi, ini membuat beliau berada bawah tekanan, tetapi tidak sukar kerana Najib secara peribadinya amat-amat popular."

Sambungnya lagi, "beliau amat popular, jauh lebih popular daripada UMNO, kerajaan dan BN." Beliau ditemui dalam Majlis ucapan anjuran Kelab Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur semalam. Menyingkap kembali kejatuhan BN, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini menghadapi penolakkan daripada rakyat dan kesannya amat buruk pada BN di PRU ke-12 pda 2008. 

Peristiwa di 2008 itu mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini, empat tahun sebelumnya, BN meraih kejayan yang amat besar dan membuat pembangkang terkedu dan tak naik muka.  Barry Wain bercakap kepada 30 anggota FCCM, beliau sebagai bekas penyunting Wall Street Journal yang berpindah ke Asia hampir 40 tahun itu mahu agar UMNO mengekalkan DS Najib dan lupakan isu berkaitan dengan penggantian didalam UMNO. Itu pandangan yang bernas dari beliau.

Apapun, IBM merasakan apa yang diucapkan oleh Barry Wain memang patut diambil perhatian yang serius oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan juga Barisan Nasional (BN). Kalau orang luar boleh menilai akan kewibaan dan popoluriti Perdna Menteri kita, maka kita semua mesti sahut seruan tersebut dan berkerja lebih kuat, pastikan BN terus memerintah dan DS Najib kekal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dan...IBM pasti, pembangkang, khususnya DS Anwar Ibrahim benggang habis apabila mendengar pujian yang di lafaskan oleh Barry Wain.

Dan....sudah semestinya pembangkang akan berkata, UMNO dah bayar kepada Mat Salleh seko tu untuk memuji DS Najib. Biasalah tu. ~ IBM  

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment