KEHANGATAN PRU 13 sudah jelas terasa, bukan sahaja di kalangan pemain politik di negara ini, bahkan di kalangan rakyat marhaen, terutamanya di Selangor. Indikasi yang menarik, ramai yang seakan tidak sabar untuk menguburkan kerajaan PKR Selangor, yang diklasifikasikan sebagai gagal total.
Kesedaran politik yang mencecah graf paling membanggakan selepas peristiwa 13 Mei 1969 dapat dilihat dari segi penambahan jumlah pengundi baru. Ini adalah sesuatu yang sihat, waima SPR mengeluarkan angkat mencecah hampir 3 juta lagi golongan layak mengundi yang masih belum mendaftar.
Keadaan yang sama pernah berlaku pada 1998, di mana ramai golongan muda yang mempunyai kesedaran politik. Walau bagaimanapun, suasana ini tidak digemari oleh Anwar Ibrahim dan deretan sekutu pembangkangnya, yang cuba mencipta isu dari kesedaran berpolitik ini.
Dakwaaan bahawa berlakunya penambahan pengundi hantu sememangnya tidak berasas, kerana proses kiraan undi itu sendiri dihadiri oleh tiap wakil parti yang bertanding, yang masing-masing bertugas sebagai “polling agent” dan “counting agent”.
Bermula dengan semakan status pengundi mengikut no. kad pengenalan, pengundi dibenarkan masuk untuk mengambil kertas undi dan membuang undi.
Sepanjang proses ini, pemerhati atau wakil dari kedua-dua parti bertanding diberi peluang untuk mencatat bilangan pengundi, yang kemudiannya boleh membuat “cross reference” atau “check and balance” kepada jumlah keseluruhan pengundi yang membuang undi pada satu sessi, sebagai contoh, sesi pagi.
Sebarang keraguan, atau jumlah pengundi hantu pastinya boleh dikenal pasti, apabila jumlah pengundi dibandingkan dengan jumlah undi. Prosedur ini menjadi saksi yang nyata, bahawa berlakunya penyelewengan undi, atau undi hantu, sekiranya wujud. Bahkan, keputusan tidak rasmi boleh didapati serta merta dari pusat mengundi berkenaan.
Malangnya, sepanjang PRU yang lalu, tidak pernah berlaku dakwaan wujudnya pengundi hantu di pusat-pusat mengundi. Ini membuktikan prosedur yang ada telus, dengan mengizinkan wakil-wakil parti bertanding membuat pemantauan hari membuang undi. Anehnya, isu ini hanya wujud ketika PRU hampir menjelma, walaupun tiada sebarang protes atau bantahan yang dibuat sepanjang proses pengundian di pusat mengundi yang diwakili oleh polling agent dan counting agent, berkenaan dengan undi yang tidak sepatutnya ada berbanding jumlah pengundi.
Dan cukup menghairankan, apabila wakil atau pemerhati parti berkenaan, bersetuju dengan dakwaan oleh pemimpin mereka tentang kewujudan pengundi hantu. Walhal, sepanjang mereka bertugas pada PRU untuk parti mereka, mata dan kepala mereka sendiri tidak pernah berhadapan dengan isu yang dibangkitkan!
Bolehkah mereka-mereka ini dikategorikan dalam golongan munafik?
Seperkara yang pasti, wujudnya undi hantu adalah pada pemilihan PKR yang lepas, di mana di satu pusat pemilihan cabang parti berkenaan, kira-kira 90 ahli dikenalpasti membuang undi, tetapi di dalam peti undi ada lebih 200 kertas undi!
Dengan 200 kertas undi, ditolak 90 pengundi untuk setiap satu undi, ada lebihan 110 kertas undi, yang mana inilah yang dimaksudkan sebagai undi hantu. ~ UMNOnline.com
p/s : IBM KATA, "Yang ramai bawa pengundi hantu diorang. Itu dah kerja depa. Tapi..tuduh BN yang buat. HAMPEHH!!...memang hampeh pembangkang ni.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment