Pages

Tuesday, April 3, 2012

FVGH : Durian Runtuh Untuk Warga Felda, Mazlan Aliman Semakin Sasau!!




JANJI Perdana Menteri akan “durian runtuh” buat seluruh warga Felda pada bulan hadapan menunjukkan betapa Felda berada di dalam kondisi kewangan  yang baik.
Perkara ini disambut meriah oleh seluruh warga Felda, yang kembali mengimbas bagaimana almarhum ayahanda Perdana Menteri memulakan langkah bijak bagi meningkatkan kehidupan rakyat. Tidak boleh tidak, kenangan lama kembali mengusik jiwa, tatkala kepayahan dan kesukaran waktu itu meneroka tanah-tanah rancangan bagi membina kehidupan.
Apa yang dilakukan Perdana Menteri ketika ini adalah kesinambungan usaha dari almarhum ayahandanya.  Apa yang berbeza, warga Felda kini dijulang dengan pulangan yang lumayan, dengan penyeranaian felda sebagai Felda Ventures Global Holding ke Bursa Saham Malaysia.
Bukan itu sahaja, tiada seinci pun tanah peneroka yang terlibat dengan penyeranaian ini.  Ia hanya melibatkan tanah kerajaan negeri yang diberikan kepada persekutuan untuk dimajukan, seperti yang termaktub di dalam AKTA GSA 1960.  Dan untuk ini, FVGH akan sewa tanah-tanah milik Felda Plantation, dan bukannya secara percuma!  Ia sekaligus menambah lagi pendapatan keuntungan Felda Plantation. Kaedah sewa ini bersifat sementara, dan bukannya gadai, seperti mana yang diwar-warkan oleh Mazlan Aliman dalam siri jelajahnya.
Apa yang sedang difikirkan oleh Mazlan Aliman, dari mana Felda memperolehi wang yang banyak untuk memberi “durian runtuh” kepada warga Felda.  Ini kerana Mazlan Aliman telah berjaya dalam fasa pertamanya untuk sabotaj, iaitu mendapat injunksi mahkamah menghalang penjualan Koperasi Peneroka Felda (KPF) kepada Felda Holdings.  Inilah cerita yang dibawanya merata, iaitu Felda bakal memperolehi sumber kewangan yang banyak dengan penjualan KPF.
Mazlan Aliman tersentak kali ini, kerana tidak mampu menelaah kemampuan sebenar Felda dari segi kewangan.
Perlu kita faham, dari segi ekonomi dan perniagaann, penyeranaian Felda akan memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada peneroka Felda.  Dan perkara ini juga tidak dibantah oleh kebanyakkan taikun-taikun bisnes yang tahu selok belok perniagaan.  
Maka, Mazlan Aliman adalah soldadu terbaik dalam menyebarkan dakyah pembohongan ini, kerana Mazlan sendiri tiada keupayaan untuk memahami apa yang berlaku. Latarbelakangnya sebagai peneroka Felda yang gagal secara total menunjukkan betapa dia tidak mampu untuk menguruskan apa yang telah diberi padanya.  Inikan pula urusniaga bernilai jutaan ringgit seperti penyeranaian FVGH?
Tentunya ini menjadi kudis kepada Mazlan Aliman, selaku orang paling hadapan menyebar dakyah pembohongan dalam misi menakluki “fixed deposit” Barisan Nasional yang telah terbukti dalam PRU-PRU yang lepas.
Dan “durian runtuh” dari Felda kepada peneroka pada bulan Mei nanti hanya membuktikan bahawa Mazlan Aliman adalah manefestasi kegagalan peneroka, yang mahukan semua orang turut mengalami nasib yang sama seperti dirinya!
p/s : IBM Kata, "kita anggaplah si Mazlan Aliman ni sebagai 'dajal' yang dihantar oleh Anwar Ibrahim si al-juburi untuk menjahanamkan peneroka. Mereka semua dengki hasil pencapaian Felda yang didukungi oleh kerajaan Barisan Nasional. Memang telah nampak kejayaan para peneroka, apatah lagi dibawah kepimpinan Perdana Menteri kita, DS Najib. Oleh itu kepada semua peneroka, janganlah terpengaruh akan hasutan segelintir manusia yang mementingkan diri mereka demi politik kotor mereka."
SUMBER : SELANGORDAILY.COM  ~ TERIMA KASIH
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

3 comments:

  1. Mazlan Aliman anak peneroka Felda pun dapat durian runtuh.... heheheheeee

    ReplyDelete
  2. Salam Wanredone,

    Manusia seperti dia tu x patut diberi...baling je dgn kulit duiran, baru dia tahu. Penghasut tegar yg didatangi oleh ketua pembangkang, khusus utk menjahanamkan para peneroka FELDA...HAMPEHH!!

    ReplyDelete
  3. Salam Alisa,

    Terima kasih kerana sudi singgah di blog IBM. Apapun blog Alisa telah dipautkan di sini. Selamat berjuang demi utk bangsa dan negara..:)

    ReplyDelete