Pages

Saturday, April 7, 2012

Jangan Takut Jawab Tuduhan Atau Bersumpah - Fathul Bari



MEMANG betul apa yang dikatakan oleh Ustaz Ulama Muda, Fathul Bari tu. Mana-mana pemimpin Islam yang difitnah perlu mempertahankan diri dengan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan sekiranya benar mereka tidak bersalah demi menjaga kesucian agama. Kenapa harus takut?. Ini berpandukan kepada kes-kes yang hangat diperkatakan yang berlaku di negara kita yang melibatkan nama-nama bekas pemimpin dan pembangkang yang begitu ghairah untuk menjahanamkan negara.

Contohnya, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang kononnya difitnah oleh musuh-musuh politiknya dengan masalah moral (tak payah nak dihuraikan) dan fahaman politik songsangnya semata-mata ingin berkuasa dan menjadi Perdana Menteri. Apabila diminta bersumpah laknat, bermacam-macam alasan yang beliau beri. Hanya tuhan yang tahu apa beliau buat. 

Oleh itu,Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, berdiam diri bukan cara terbaik jika tuduhan atau fitnah itu bersifat umum yang memerlukan satu penjelasan kukuh dibuat atau dengan cara bersumpah. Dengan cara bersumpah sahaja lah boleh membersihkan nama dan diri seseorang itu yang kena tuduh. Tapi...kenapa ramai yang takut berbuat demekian?..pandai buat salah, buat maksiat, bersumpah untuk meneggakkan kebenaran, takut pulak.

Menurut Ustaz Muda itu lagi, Islam benci kepada fitnah dan tohmahan, jadi mereka yang difitnah perlu selesaikan dengan berkata-kata atau bersumpah untuk menyelesaikan perkara itu. "Dalam hal dan keadaan tertentu, diam itu penting, tetapi jika membabitkan kepentingan umum, maka mereka tidak boleh berdiam diri bagi mengelak masyarakat bersangka buruk," katanya,  semalam. Apapun, berbalik kepada bicara bersumpah ini, memang jelas, pembangkang takut untuk tampil menjawab segala tuduhan dan bersumpah. Mereka sanggup berbohong dan menuduh kepada pihak yang lain, kononnya mereka difitnah.

Itulah kerja pembangkang sampai diorang mampus. ~ IBM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment