Pages

Wednesday, April 18, 2012

Kelab 'TIBAI' Ditubuh Untuk 'TIBAI' Anwar, Tibai Jangan Tak Tibai



KUALA LUMPUR, -  Kelab TIBAI, atau dikenali sebagai Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) yang akan dilancarkan pada 22 April ini di Kelab Sultan Sulaiman ini diwakili 28 orang Ahli Majlis Syura yang terdiri dari bekas-bekas pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang sanggup berjuang berhabis-habisan menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya dari arus politik perdana.
Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md Arip berkata matlamat utama penubuhan TIBAI adalah untuk membangkitkan kesedaran maksimum di kalangan rakyat untuk menolak Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya pada pilihanraya umum yang akan datang.
“Kita akan turun ke kawasan-kawasan yang dimenangi dan ditandingi oleh PKR khususnya tumpuan akan diberikan di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
“Jika kita dulu bersatu untuk berjuang mempertahankan Anwar tetapi hari ini, kami akan bersatu dalam satu ketumbukan yang padu dalam melaksanakan program dan agenda besar ini. Tanpa berselindung, TIBAI akan memberikan sokongan yang padu dan jitu kepada UMNO dan Barisan Nasional pada PRU-13 ini,” ujarnya dalam sesi taklimat kepada pihak media mengenai penubuhan TIBAI ini.
Dalam masa yang sama, Zahid mencabar Datuk Tamrin Ghafar mengemukakan bukti berhubung dakwaannya bahawa UMNO menggunakan taktik kotor memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (PATI) dengan tujuan untuk mengundi pada PRU kelak.
“Bagi membuktikan dakwaannya lebih berkreadibiliti, saya turut mencabar Tamrin untuk dia memulangkan semula kepada kerajaan, semua elaun, semua gaji semasa dia menjadi ADUN dan Ahli Parlimen. Barangkali ia berlaku di zaman dia, ketika zaman dia bertanding, barangkali dia terlibat sebab itu dia tahu.
“Selagi dia tak pulangkan segala elaun dia kepada kerajaan, saya anggap kenyataan dia bukanlah kenyataan yang berkreadibiliti, tak perlu dilayan kerana ini merupakan satu kenyataan yang terdesak, yang terdesak pemimpin-pemimpin yang dilanda sindrom selepas mereka berkuasa ini,” ujarnya yang merupakan bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan Nasional.
Ahli Majlis Syura TIBAI dianggotai oleh bekas-bekas seperjuangan bersama Anwar Ibrahim seperti SD Johari Md Yassin, Ng Lum Yong, Wan Indra Putra, Ruslan Kassim,  Nazmi Rusly, Ummi Hafilda Ali, Hamidzun Khairuddin, Auar Shaari dan Rahimi Osman, manakala Datuk Zulkifli Nordin dan Senator Ezam Mohd Noor merupakan penasihat TIBAI. -MediaUMNO ~ TERIMA KASIH.
p/s : IBM KATA, "Elok benar le tu. Tibai jangan tak tibai. Orang macam Nuar ni patut diajar dan ditibai sampai dia mengelupur macam 'cacing kepanasan'."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

1 comment: