Pages

Friday, April 13, 2012

Kerajaan 'SAMPAH' Tertekan. Lagi Janji Dituntut!!

'MISI TAWAN KEMBALI NEGERI SELANGOR'
"Kita Tak Mahu Sampah, Kita Tak Mahu Banjir"....Antara Sebab Kenapa Pakatan Rakyat Mesti Dihumban Dari Negeri Selangor......

SEBAHAGIAN penduduk dari sekitar Klang membawa sepanduk sewaktu berarak di hadapan pintu masuk utama bangunan SUK di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - GAGAL dan tenat. Itulah yang terjadi dengan kerajaan Selangor dibawah kepimpinan Khalid gagap@Khalid sampah sekarang. Terbaru, semalam, kira-kira 200 penduduk dari sekitar Klang mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini bagi melahirkan rasa kecewa terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal menguruskan sampah dengan sempurna.
Kegagalan itu didakwa penduduk menjadi punca utama kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan mereka baru-baru ini sehingga merosakkan harta benda. Kali ini, menurut penduduk, adalah banjir yang amat buruk. Kebetulan pulak salah seorang sahabat karib IBM tinggal dikawasan tersebut. Apa lagi, naik angin le dia. Tapi, dia tak mahu tonjolkan diri.
Pada perhimpunan tersebut, mereka juga mendesak kerajaan negeri menaikkan peruntukan bantuan bencana sehingga RM800 berbanding RM500 setiap keluarga. Boleh ke ditunaikan oleh kerajaan 'sampah' ni?. 
Menurut kata seorang seorang penduduk Taman Tengku Bendahara Azman di Klang, Shamsuri Mahad, 35, berkata, kerosakan harta benda yang dialaminya termasuk barangan elektrik mencecah RM4,000.
Katanya, masalah longkang dan perparitan tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan menjadi punca berlakunya banjir kilat baru-baru ini.
"Masalah ini semakin teruk sejak kebelakangan ini berbanding 40 tahun dahulu yang tidak pernah berlaku banjir kerana longkang diselenggara dengan baik," katanya. Apa kata dan komen Khalid gagap?. Adakah masalah banjir ni disabotaj oleh orang UMNO seperti yang si gagap ni kata dulu, isu sampah adalah angkara 'sabotaj' oleh orang-orang UMNO?. Kalau dah GAGAL tu, mengaku sajalah gagap oii. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment