Pages

Thursday, April 12, 2012

Lega!!..Amaran 'Tsunami' Ditarik Balik Sekitar Lautan Hindi...



BANDA ACEH: Amaran tsunami yang dikeluarkan di sekitar Lautan Hindi ditarik balik beberapa jam selepas dua gempa bumi kuat menggegar perairan barat Indonesia.
Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan cemas petang Rabu.
Penduduk di kawasan persisiran pantai menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi dengan menaiki kereta dan menunggang motosikal.
SEMENTARA ITU, Gegaran kedua dirasai pada pukul 6.48 petang di beberapa negeri di Pantai Barat, Semenanjung Malaysia susulan gempa bumi 8.7 magnitud di Bandar Aceh.
Turut dirasai, gegaran kedua untuk tempoh seminit di bangunan Menara Star, Seksyen 16, Petaling Jaya.
Agensi Geofizikal Indonesia berkata, tsunami berpotensi melanda lima wilayah di Indonesia iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung. Apapun, kita semua kena berwaspada selalu. Ikut arahan dari pihak yang berwajib. Bila disuruh pindah atau jangan dekati kawasan pantai, kita harus akur. Kan apa....demi keselamatan semua. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment