Pages

Saturday, April 14, 2012

Lesbian, Gay, Biseksual Serta Seks Bebas Bukan Budaya Kita..Jom Tolak!!

AZWANDDIN Hamzah (tengah) bersama wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan menunjukkan salinan permohonan permit untuk berhimpun secara aman di Dataran Merdeka, di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR - IBM menyokong penuh akan usaha yang dibuat oleh pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang ingin membenters kegiatan yang tak bermoral di negara ini. Semalam , beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat permohonan untuk berhimpun secara aman bagi membantah usaha terancang pihak tertentu menjayakan agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta seks bebas di negara ini.

Jika perkara ini tidak dibenteras, sudah tentu ramai dikalangan anak-anak muda kita yang akan terjerumus di dalam kegiatan yang tidak bermoral ini  yang di tegah oleh agama Islam kita. Oleh itu, IBM harap, kerajaan dapat memainkan peranan dan bersatu dengan badan bukan kerajaan ini bagi tujuan tersebut.

Ianya akan menjadi lebih parah lagi jika tidak dibendung dari sekarang. Apatah lagi, perkara sumbang ini, mendapat sokongan dan bantuan dari beberapa pihak, termasuk PEMBANGKANG yang seolah-olah merestui kegiatan yang tak bermoral ini dan cuba menghalalkan agenda seperti lesbian dan yang lain-lain.

IBM menyerulah kepada semua, mari kita sama-sama berhimpun secara aman seperti yang dilakukan oleh kumpulan BERSIH 3.0 yang menuntut agar SPR dan kerajaan bersikap telus dan Bersih. Persoalanya, Bersih sangatkah pemimpin-pemimpin dan penganjur Bersih 3.0 tu?. Mereka sepatutnya mencerminkan diri mereka dan 'FOKUS' kepada masalah lesbian, gay, biseksual yang seolah-olah sudah berkembang dengan pesatnya di negara kita ini.

SIAPAKAH DALANG DISEBALIK KEGIATAN INI DAN.. ??. CEGAH SEBELUM PARAH!! 

TAHNIAH diatas permohonan yang  dibuat oleh pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) mewakili 30 buah sekolah di Lembah Klang dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) kira-kira pukul 3 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini. Insyallah usaha ini akan mendapat sambutan dari orang ramai. Jom ramai-ramai kita berhimpun secara aman. Katakan tidak pada 'Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (LGBT) serta Seks Bebas'. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment