SALAH sebuah stesen minyak Esso di Lembah Klang yang kehabisan bekalan petrol dan diesel sejak 1 April lalu.
STESEN MINYAK ESSO KERING PETROL, DIESEL.......
KENAPA, dan mengapa perkara ini boleh berlaku di negara kita?. Adakah angkara sindikit yang 'MENYOROK' minyak untuk mencari untung berlebihan?..angkara siapa? adakah negara kita mengalami kekurangan minyak?. Memang menyusahkan pengguna.
Sebuah pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang mendakwa perniagaan mereka kini terjejas setelah tidak menerima bekalan petrol dan diesel daripada syarikat petroleum tersebut sejak 1 April lalu. Macam ada pihak ingin 'sabotaj' je, dan lepas tu menyalahkan kerajaan pula. Macam-macam hal.
Gangguan bekalan minyak itu menimbulkan persoalan di kalangan pengusaha stesen minyak berkenaan kerana bekalan minyak petrol RON95 dan diesel yang dihantar oleh syarikat pembekal secara tidak berjadual.
Menurut pengusaha terbabit, masalah kekurangan bekalan mungkin ada kaitan dengan tindakan syarikat San Miguel Corp. melalui Petron Corp. (Petron) membeli 65 peratus kepentingan dalam Esso Malaysia Bhd. dan semua saham ExxonMobil Borneo Sdn. Bhd. serta ExxonMobil Malaysia Sdn. Bhd. berkuat kuasa 1 April lalu.
Menurut sumber terdekat, terdapat di beberapa stesen minyak Esso sekitar ibu negara dan Petaling Jaya mendapati, ada antara stesen minyak tersebut yang terputus bekalan minyak RON95 sejak tiga hari lalu dan ada yang mengalami masalah yang sama sejak seminggu lalu. Apapun kerajaan kena siasat dan mengambil tindakan yang tegas sebelum perkara ini berlarutan dan parah. Pengguna/rakyat akan marah, kerana ianya menjejaskan pergerakkan mereka dan juga melibatkan business mereka. fikir-fikirkan ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment