Pages

Monday, April 9, 2012

'Politik' Bukan Beban - Shahrizat



WALAUPUN telah meletakkan jawatan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil tetap menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya buat kali terakhir di sini, Jumaat lepas. Sharizat yang tiba pada pukul 4 petang untuk memberi amanat terakhir pada perhimpunan bulanan tertutup itu, disambut dengan penuh meriah oleh warga kementerian. Pada 11 Mac lalu, Shahrizat mengumumkan peletakan jawatanya dalam cabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai Senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes NFCorp yang melibatkan keluarganya.

Bagi beliau, dunia politik tidak pernah menjadi beban kepadanya , ia datang secara semula jadi. Demikian tegas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika ditanya adakah beliau akan meninggalkan arena politik selepas pelbagai isu yang melanda dirinya. Beliau yang menamatkan perkhidmatannya sebagai menteri selama 11 tahun semalam berkata, sebagai seorang muslim, beliau menerima segala ketentuan Tuhan.

IBM nampak, semasa ditemu bual oleh pemberita, Datuk Seri Shahrizat kelihatan tenang dan sentiasa senyum. Katanya, tempoh lima bulan lepas merupakan bulan yang paling mencabar dan beliau bersyukur apabila orang yang beliau jumpa secara peribadi tidak menunjukkan sikap dingin atau menjauhkan diri sebaliknya menyatakan sokongan tidak berbelah bagi, katanya selepas menghadiri majlis Swadaya Mahabbah Tahfiz 1Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.
Itulah kata-kata sebenar dari seorang pejuang seperti Datuk Seri Shahrizat. Apapun, kita orang masih menyokong DS dan IBM yakin wanita masih lagi dibelakang DS. Segala jasa baik dan khidmat yang DS berikan, insyallah tidak akan dilupakan. Apa yang perlu DS mesti tabah menghadapi segala dugaan, dan harap masih berdiri teguh bersama UMNO/BN. Jasa mu dikenang. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment