Pages

Monday, April 23, 2012

PR Selangor Goyah. Terpaksa Buat Pilihan Raya Berasingan??

"MISI TAWAN KEMBALI NEGERI SELANGOR"
Tidak Mahu Bubarkan DUN...antara sebab mengapa Pakatan Rakyat harus dibuang dari negeri Selangor........


SHAH ALAM – Pakatan Rakyat Selangor sudah mula nampak goyah apabila selera rakyat di Selangor sudah menampakankan mereka sudah beralih pandang dan menyokong Barisan Nasional (BN) di PRU ke-13 nanti. Ini Yang merunsingkan kerajaan PR di Selangor ketika ini. Mereka dah mula bercakap yang bukan-bukan dan tidak masuk di akal. Dan mereka dah mula 'cakap tak serupa  bikin'. Dulu kata lain, sekarang kata lain. Mereka kata keputusan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) secara bersama atau berasingan dengan Pusat adalah hak Kerajaan Negeri yang tidak sepatutnya dipertikaikan Barisan Nasional (BN). Dulu, cakap besar. PR sudah bersedia dan konfiden akan menerajui sekali lagi negeri Selangor dan dengan sombong dan bongkak, pemimpin-pemimpin PR berkata, jangan mimpi BN/UMNO nak rampas Selangor.

Semalam, Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail dengan sombong berkata, mengadakan pilihan raya berasingan tidak bermakna PR takut kepada UMNO/BN, sebaliknya sejak dulu lagi PR penderian sendiri dalam memastikan PRU ke-13 dilaksanakan dengan telus dan hak rakyat tidak dinafikan disebabkan penipuan dalam pilihan raya itu nanti. PENIPUAN?..penipuan apa yang dimaksudkan oleh Rodziah ni?...kalau berlakunya penipuan, kenapa di PRU ke-12 dulu, PR boleh menang?...maknanya PRU juga telah melakukkan satu penipuan sehingga mereka boleh menang di PRU ke-12 dulu. Lojik tak?

IBM kadang-kadang rasa nak ketawa bila baca komen atau hujah-hujah yang pemimpin-pemimpin PR buat. Cakap-cakap mereka semuanya kosong, langsung tak berisi. Dan, sememangnya mereka sudah mula gugar dan panik. Apatah lagi bila Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, baru-baru ini membuat kenyataan bahawa PR takut dengan kebangkitan UMNO/BN Selangor. Mereka melihat GELOMBANG BIRU berkibar-kibar di seluruh pelusuk negeri Selangor. Terkini dikibarkan di seluruh Stesen KTM di negeri Selangor. Aduh...sakit hati mereka. Apapun..sudah nampak riak muka dan peri laku pemimpin-pemimpin PR diibaratkan 'cacing kepanasan'.

Gentar dengan apa yang dikatakan oleh DS Noh Omar, Rodziah naik berang dan menyelarkan Noh pemimpin yang kekeringan idea. Bagi IBM, siapa sebenarnya yang kekeringan idea?. UMNO/BN tak pernah pun kekeringan idea. Telah terbukti apa yang dibuat oleh Perdana Menteri kita yang terus membuat TRANSFORMASINYA, semata-mata untuk rakyat. Dan...dah pun diterima semua lapisan rakyat. Lagi pun, IBM berpendapat, ianya berpandukan apa yang disuarakan oleh Menteri Besarnya, Khalid gagap yang membuat kenyataan sebelum ini Selangor akan membubarkan DUN Selangor sekiranya PRU diadakan selepas bulan Jun 2012. Ini dah bulan April, sudah menghampiri bulan Jun. Persoalanya adakah Khalid mengotakan kata-katanya itu?


Terdengar juga desas-desus, PUNAHSIHAT PR Selangor, DS Anwar Ibrahim, menasihatkan supaya DUN Selangor jangan dibubarkan di PRU ke-13 nanti. Kononya beliau ada alasan tersendiri. Alasan apa ye?...takut kalah le kot?. Sudah le tu. Jangan nak main Sendiwara le korang. Kalau dah rasa tak boleh menang dan tak lagi boleh menerajui negeri Selangor, serahkan saja pada kami. UMNO/BN tahu apa nak buat kerana kami berpengalaman. Kepada Puan Rodziah Ismail, carilah alasan yang lojik dan jangan mencari salah orang lain, kerana kami pengundi-pengundi di Selangor ini pun berhak nak tahu kenapa PR takut nak bubarkan  DUN Selangor di PRU ke-13 nanti. Dan..jangan sesekali lupa bahawa kuasa ada ditangan kami dan menabik dada kononnya, kerajaan PR ada kuasa mutalak untuk membuat keputusan. Awas....Rakyat sedang memerhati kamu wahai Pakatan Rakyat. Jangan cuba nak tipu rakyat lagi. Rakyat sudah tahu siapa PR yang sebenarnya dari A sampai ke Z. ~ IBM



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Wey, bukankah selalu mereka yang hendak piliharaya dipercepatkan supaya cepat dapat kuasa. Kalau SPR tak bersih, jangan kata DUN, Parliment pun x bersih juga. Apakah mereka akan memulau piliharaya parlimen? Bakal tak ke Putrajaya le.....

    ReplyDelete
  2. Salam bro UMA,

    Sebenarnya memang betui mereka nk PRU dicepatkan. Tapi, apabila mereka lihat senerio politik skrg ni, rakyat dan mula kembali menyokong BN, depa dah rasa kecut. sebab itu mereka cuba mencari jln agar PRU dilambatkan atau mereka tidak akan bubarkan DUN. Kononya masih belum tamat tempoh. Itulah strategi pakatan pembangkang. Tapi....wakema apa sekali pun, IBM yakin PR akan kempunan, dan cita2 utk ke Putrajaya tidak akan terlaksana. Jadi angan2 Mat Jening.....

    ReplyDelete