Pages

Thursday, April 12, 2012

Suami Minta Cerai. Rita Rudaini Redha...


MACAM-MACAM HAL (Dunia Artis)......



HAL perceraian sudah pastinya perkara yang paling ingin dihindari oleh setiap pasangan yang berkahwin.
Begitu juga halnya dengan pasangan suami isteri, Rita Rudaini Mokhtar, 36 dan Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 yang diuji dengan pelbagai dugaan sepanjang lima tahun tempoh perkahwinan mereka.
Setelah pelbagai dugaan dilalui dengan tabah, akhirnya kemelut rumah tangga pasangan ini tiba di kemuncaknya apabila kelmarin Rita menerima mesej daripada suaminya, Aidil Zafuan abdul Razak mengenai permohonan cerai.
Menganggap apa yang berlaku sebagai takdir yang sudah tertulis untuknya, Rita tidak mahu melayan perasaan sedih sebaliknya hanya ingin menumpukan perhatian kepada anak-anak.
“Saya anggap apa yang berlaku sudah tertulis sebagai takdir saya. Saya percaya pada qada’ dan qadar Allah dan terima ia dengan redha," kata Rita.
p/s : IBM Kata. "Sabar je Rita. Mungkin jodoh kamu sampai had situ je. Apa yang penting, kehidupan harus diteruskan. Jaga anak-anak kecil mu itu elok-elok. Jangan memusuhi Zafuan. Dia juga manusia biasa. Mungkin ada rahmatnya. Insyallah."
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment