AHLI sukan sekarang ini memang bernasib baik. Mereka di tatang bagai 'minyak yang penuh' dan diberi layangan yang baik dan juga ganjaran yang lumayan sekiranya memenangi acara yang mereka ceburi. Begitulah juga nasib pemenang 'pingat emas' Sukan Olimpik London yang akan berlangsung pada bulan Julai-Ogos ini. Sudah pasti mereka akan pulang dengan senyum sebagai seorang JUTAWAN dengan ganjaran minimun RM2 juta menanti mereka. Aduhai, untungnya dan senang masa depan depa.
Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu (gambar). Katanya, sebuah Syarikat Korporat telah berjanji untuk menyumbang RM1 juta untuk pemenang pingat emas negara pada temasya yang akan berlangsung bermula pada 27 Julai hingga 12 Ogos ini. Tapi, beliau tidak mendedahkan nama Syarikat Korporat yang dimaksudkan.
IBM difahamkan, ganjaran tersebut adalah tambahan kepada RM1 juta daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mana-mana pemenang pingat emas negara. MSN juga telah menjanjikan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya. Macam pencen le tu.
IBM sudah nampak, secara realistiknya, wakil Malaysia yang berupaya bersaing merebut pingat emas dalam Sukan Olimpik ialah pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei, Koo Kien Keat - Tan Boon Heong, perenang Pandelela Rinong, pelumba basikal Azizul Hasni Awang dan pasukan memanah yang diketuai oleh Cheng Chu Sian. Dalam pada itu pula, Gan turut mengalu-alukan penyertaan penajaan daripada 100Plus sebanyak RM4 juta untuk program televisyen menjelang bermulanya Sukan Olimpik.
Insyallah, program itu akan ke udara melalui saluran Astro Arena (801) mulai Sabtu jam 12 tangah hari. Kepada semua, IBM doakan mereka semua akan beroleh kejayaan demi untuk sukan dan menaikkan nama negara. Disamping akan menjadi seorang jutawaan, IBM juga suka mengingatkan kepada semua ahli sukan kita supaya jang sombong, lupa diri, besar kepala setelah mencapai kejayaan. Majulah sukan untuk negara. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment