Pages

Thursday, May 10, 2012

ADUN DAP Kata Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor 'Melucukan'


LUCU ke apa ke,  IBM menyokong apa yang dikatakan oleh ADUN DAP itu mengenai kerajaan negeri Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Empat tahun mereka diberi mandat oleh rakyat negeri Selangor. Tapi...apa diorang buat. Bagi IBM PR gagal, Khalid gagap gagal. Maka sudah tiba masanya Barisan Nasional mengambil kembali negeri Selangor di PRU ke-13 nanti.

Dalam hal ini, bukan IBM saja yang menyokong pandangan dari ADUN DAP itu, malah beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyokong pandangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Dr. Cheah Wing Yin yang menyifatkan tempoh empat tahun pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor sebagai dipenuhi pelbagai 'jenaka kesilapan yang melucukan'. Hi, berani dan celupar betui mulut Cheah ni, tak takut kena gam ke dengan DAP?. Kebelakangan ni, DAP terlalu 'sensitif dan emosional', tak tahu le kenapa?..atau terlalu banyak masaalah dalaman atau angin kekalahan sudah mereka nampak. Agaknya le.....'


Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia (PKIM), A. Prakash berkata, apa yang dinyatakan oleh ADUN daripada DAP tersebut sememangnya berlaku di daerah Klang yang mana ada ahli majlis didakwa tidak tahu berbahasa Melayu. Bukan itu saja, batang hidung pun tak nampak dan tak pernah turun padang. Wakil rakyat apa ni?. Inilah jadinya, bila rakyat silap membuat pilihan. Harap-harap ini tidak berlaku di PRU ke-13 nanti.

Selain itu dakwanya, ada sesetengah ahli majlis tidak menjalankan tanggungjawab mereka menyelesaikan masalah rakyat, selain tidak menyalurkan bantuan meskipun menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan negeri sebanyak RM50,000.

Apapun, semuanya itu adalah benar belaka, tiada yang bohong melainkan benar. Contoh terdekat, ADUN Kelana Jaya dari PKR, maaf, lupa namanya, langsung tak erti nak cakap dalam Bahasa Melayu. Apa punya wakil rakyat ni, dan macam mana dia boleh menang di PRU ke-13 dulu.?..IBM pun tak faham. Bagaimana pun itu masalah dalam parti mereka, biarkan mereka dengannya. Kita tetap akan berjuang habis-habis untuk mengambil kembali negeri Selangor daripada tangan depa, insyallah. ~ IBM



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment