Pages

Friday, May 18, 2012

Betui Ke Tidak Ni Pok Nik Ajak UMNO 'Bermuzakarah'??


BOLEH percaya ke cakap dan pelawaan Nik Aziz ni untuk 'bermuzakarah'.? PAS terlalu 'benci'kan UMNO, mengkafirkan UMNO, menganggap UMNO tidak memperjuangkan Islam dan banyak...banyak lagi yang PAS menuduh UMNO yang bukan-bukan. Bila Nik mengeluarkan kenyataan semalam di akhbar Sinar Harian IBM terkejut, bukan saja IBM merasa terkejut, orang ramai khususnya ahli-ahli UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Banyak persoalan yang timbul di sini. Rata-rata ramai yang menyambut baik di atas kesudian Menteri Besar Kelantan itu untuk berbaik-baik atau 'bermuzakarah' dengan UMNO, tapi...sejauh manakah kesudian dan keikhlasan beliau untuk berbuat demekian, dan..ramai yang bertanya, kenapa sekarang?. Dulu UMNO pernah mencadangkan supaya UMNO dan PAS 'duduk semeja' berbincang masalah orang-orang melayu yang kini berpecah dik kerana berbeza pendapat tentang politik. Tapi....sayang PAS tolak.

Tok Guru dengan angkuhnya berkata, buat apa nak berbaik-baik dengan orang UMNO, kita pernah dia orang 'terajang' keluar dari Barisan Nasional (BN), lebih baik berkawan dengan Cina DAP. Itu Nik Aziz yang kata, bukan IBM. Kalau nak dikira, betapa besarnya 'dosa' Nik Aziz pada kita orang-orang UMNO kerana setiap kali beliau berceramah, kata-kata kesat, maki hamun, kafir mengkafir, tidak pernah 'lekang' dari bibirnya. Betapa bencinya beliau kepada orang-orang UMNO. 

Tak tahulah kenapa dengan tiba-tiba beliau berubah fikiran, mungkinkah 'wahyu' dah tiba menyeru beliau supaya berbaik-baik dan bersatu dengan orang-orang UMNO, maklumlah dia kan seorang 'ulama'. Wahu akan ditutunkan kepada orang-orang ulama macam Nik Aziz ni je. Walau bagaimana pun, memang susah kita nak congak apa yang bermain di kepala Nik Aziz ni, apa motifnya?

Demi kebaikan bersama, demi agama, bangsa dan negara, tiada masalah bagi kita orang-orang UMNO kerana kita amat-amat mengerti dan sayangkan bangsa kita. Rugi amat sangat kita berpecah dik kerana politik. Jesteru, Timbalan Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyahut dan bersedia bermuzakarah dengan PAS. Demi kepentingan ummah, UMNO bersedia, katanya. Lagi pun dari dulu-dulu lagi UMNO telah cadangkan, tapi, PAS tolak.

Diharap kali ini biarlah jadi. Kepada Nik Nik Aziz, janganlah pulak buat 'pusingan U', dan kata bukan PAS yang ajak 'bermuzakarah,' tapi UMNO yang beria-ia nak adakan. Fikir-fikirlah wahai Pok Nik. Seriuslah kali ini, kerana perkara ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main. Jadilah seorang 'ulama contoh', bukan 'ulama semak'. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

2 comments:

  1. ...harap kali ini Pak Nik tidak buat U-Turn lagi pasal muzakarah atau perpaduan diantara umat Islam ini. Nanti ada pula orang buat peribahasa baru iaitu, " kalau terjumpa ular dengan ulama PAS, maka hendaklah dipukul ulama PAS dulu"..

    ReplyDelete
  2. Salam Lebai malang,

    Betul tu. Harap2 begitulah. Bagi IBM 'Muzakarah' antara UMNO dan PAS amat-amatlah penting demi untuk ummah khususnya orang2 melayu UMNO dan PAS. Cukuplah perpecahan yg berlaku sekarang. Memang amat menyedih dan merugikan. Bangsa lain bertepuk tangan, kita sesama sendiri yg bertelengkah.

    Tentang ular tu, IBM juga sokong...pukul ular ulama tu dulu kerana ianya lebih bahaya dari ular. ~ IBM

    ReplyDelete