Pages

Wednesday, May 2, 2012

Debat PTPTN : Pertemuan 'Buku Dengan Ruas'..??


BUKAN nak mencari publisiti, bukan nak tunjuk siapa jaguh, dan...bukan juga nak tunjuk siapa hebat. Tapi...bila berdebat dengan wakil dai Pembangkang ni, IBM setuju sangatlah kita nilaikan siapakah pendebat yang hebat pada malam tersebut. Kan apa, sejak kebelakang ni, pembangkang terlalu menabik dada dan bongkak.

IBM jangka debat PTPTN antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli Khamis (esok) ini, yang dijangka dihadiri 3,000 orang, diharap akan muncul forum yang bakal menghasilkan 'input' menarik untuk orang ramai khususnya kumpulan sasaran.

Debat bertemakan "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi" akan berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7 di sini, jam 8 malam. IBM nak tengok sejauh mana kehebatan Pengarah Strategi PKR ni, Rafizi Ramli bila berdepan dengan PENDEBAT hebat dari Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. IBM nak tengok sama ada Rafizi boleh menepis segala hujah-hujah yang akan dikeluarkan oleh YB Khairy Jamaluddin (KJ).

Kalau Ambiga si betina dari Sri Lanka tu @ Pengerusi Bersih 3.0 ditutuh kaw-kaw dan di perbudakkan oleh KJ, ini kan pulak si Rafizi ni. Kita tengok nanti siapa yang kena. IBM bukan nak menabik dada mengatakan KJ tu henat...tapi dia mempunyai talent dan gayanya yang tersendiri dan memang hujah-hujannya amat-amat bernas disamping fakta-fakta yang jelas. IBM tabik habis pada KJ semasa berdebat dengan Ambiga. Berubah muka si Ambiga tu, malu, langsung tak angkat muka.

Kini...giliran si budak PKR seko ni. Nak benar mencabar KJ. Dah lama dia nak berdebat dengan KJ. Kononnya dia ni hebat. Tak apa. Kita tunggu dan lihat pada hari Khamis (esok) ini. Dan selepas habis debat ini, sama ada mereka-mereka yang terlalu ghairah mengikut hasutan pembangkang untuk menghapuskan PTPTN, dapat menilai sejauh mana keperluan tabung PTPTN  kepada pelajar-pelajar yang kurang mampu untuk meneruskan pengajian mereka.  Oleh itu,  kepada rakan-rakan, jom kita pergi ramai-ramai, support KJ untuk beri semangat pada beliau. Insyallah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment