Pages

Friday, May 18, 2012

Dua Polis Didakwa Cederakan Jurugambar. Penyangak-Penyangak Bersih 3.0 Bila Pulak??



Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu. Mohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang selepas memohon dibicarakan. Mereka didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong (kiri).
Cepat betul Mahkamah mendakwa anggota polis ye, bagaimana pulak dengan penyangak-penyangak Bersih 3.0 tu yang menendang, mencedera dan merosakan kenderaan polis dan harta awam. Betul, mungkin ramai mereka-mereka yang dicari/kehendaki polis masih belum menyerah diri, tapi bagaiamana yang telah datang secara suka rela menyerah diri. Tidakkah mereka itu boleh di dakwa di mahkamah.?. Kenapa asyik-asyik polis saja yang kena dulu.
Harap pihak Mahkamah bertindak segera. Jangan ada 'double standard'. Itu pandangan IBM, bukan nak menyunding jari pada Mahkamah. Harap maklum. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment