Pages

Thursday, May 3, 2012

Empat Pemuda Perusuh Bersih 3.0 Diburu Polis!!

CUBA anda semua perhatikan betul-betul aksi ganas yang ditunjukan oleh 4 orang anak muda perusuh Bersih 3.0 yang menendang dan merosakkan kereta peronda polis di perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu. Inikah sikap anak-anak muda sekarang langsung tidak menghormati undang-undang negara dan kenapa mereka bersikap sedemekian?..dan adakah mereka ini dibayar untuk melakukkan kerja yang biadap ini?

Bagi IBM, ianya amat-amat memalukan. Bagaimana pula perasaan Emak dan Bapak budak-budak ni?..apa perasaan mereka jika mereka tahu anak mereka terlibat dengan perbuatan yang tak bermaruah ni?. Apatah lagi apabila ianya dilakukan oleh pemuda berbangsa melayu yang mana bangsa melayu terkenal dengan kelembutan budi bahasanya. Tapi....lihatlah apa yang dilakukan oleh pemuda-pemuda ini. Akibat dari itu, mereka-mereka ini sedang diburu oleh pihak polis. Padan muka korang, jadi pelarian sekarang.


Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa mereka akan memburu dan menangkap semua perusuh yang bertindak ganas mencederakan anggota polis dan petugas media sepanjang perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara Sabtu lalu. Tindakan tegas itu diambil dan polis kini dalam usaha mengenal pasti mereka yang terlibat dalam rusuhan itu yang bukan sahaja mencemarkan imej ibu negara malah turut mengakibatkan jumlah kerugiaan yang banyak.


Bagi memastikan kesemua peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang terlibat ditangkap, polis akan mengedarkan gambar-gambar individu yang terlibat dalam insiden keganasan dan kekecohan itu tidak lama lagi. Elok benar le tu. IBM setuju sangat. Mereka-mereka ni harus di ajar secukup-cukupnya. IBM juga difahamkan, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (gambar), satu sidang akhbar berhubung perkara itu akan diadakan dalam tempoh terdekat.


"Proses siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti individu-individu tersebut. Melalui gambar-gambar yang akan diedarkan, kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu berakhir dengan keganasan apabila pesertanya bertindak biadab dan ganas dengan merosakkan harta benda awam selain mencederakan 13 anggota polis dan dua petugas media. Maka, elok benarlah mereka-mereka ini di ambil tindakkan dan dihadapkan kemuka pengadilan. Bersalah, jatuhkan hukuman yang berat supaya mereka merasa INSAF dan tidak akan mengulanginya lagi. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment