Pages

Tuesday, May 1, 2012

HARI INI DALAM SEJARAH


01 MAY

SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN

PEMBUKAAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR
Pada hari ini dalam tahun 1905, sebuah Sekolah Melayu berasrama penuh telah ditubuhkan di bandar diraja  Kuala Kangsar, Perak.  Sekolah  ini  dikenali sebagai  Malay  Residential  School  ditubuhkan  sebagai  sekolah  percubaan.   William  Hargreaves, guru  besar  Penang  Free  School  telah  dilantik  sebagai  guru  besarnya  yang  pertama  dengan dibantu  oleh  dua  orang  guru  iaitu  F. A  Vanrennan  dan  C.W  Rowlands.  Pada  peringkat  permulaannya,   murid-muridnya  adalah  seramai  lapan  orang  dan  bertambah  kepada  63  orang  menjelang  bulan  Mac.  Sehingga  penghujung  tahun  1905  terdapat  seramai  79  orang  murid  di  sekolah tersebut.  Tujuan  asal penubuhan sekolah  khas  ini  ialah  bagi  melatih  anak-anak  kerabat diraja  dan  pembesar-pembesar  Melayu   serta   memberi  pelajaran dan  latihan  bagi  mengisi  jawatan-jawatan  dalam  perkhidmatan Kerajaan  British  di  Tanah  Melayu.  Bangunan   tambahan  sekolah  ini  telah  siap  dibina  pada  tahun  1909  dengan  peruntukan sebanyak  $ 30, 000.00  dan  telah  dirasmikan  sebagai  Malay  College  Kuala  Kangsar  (MCKK).   Berikutan  daripada  itu  MCKK  telah  dijalankan  sepenuhnya sebagai  English  Public  School.  Sehingga  kini,  MCKK  yang  dikhaskan  kepada  murid-murid  lelaki  sahaja telah  melahirkan  ramai  cendekiawan  Melayu. 
SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment