NEGARA akan dilanda malapetaka sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri. Begitulah pandangan sesetengah ahli-ahli politik tanah air, dan ramai lagi termasuk beberapa orang penulis dari luar negara, malah rakyat negara ini sendiri menyuarakan rasa bimbangnya sekirannya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri. Jahanam negara, kata mereka.
Perkara yang serupa disuarakan oleh beberapa pertubuhan NGO termasuk Majlis Syura Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), bahawa pembangkang bercita-cita untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah republik. Tapi....mereka terpaksa melakukannya dengan meminda Perlembagaan Persekrtuan. Itu pun kalau Pakatan menang di PRU ke-13 nanti. IBM rasa, tidak kot, kerana tuhan masih sayangkan Barisana Nasional (BN).
Apa yang IBM tahu, mungkin juga anda semua tahu, kemungkinan besar perkara-perkara yang berkaitan dengan 'institusi diraja' dan hak-hak istimewa Melayu serta bumiputera akan dipinda. Dan..sekiranya pindaan itu diluluskan, negara kita ini akhirnya akan dikuasi oleh golongan 'cauvinis' yang diketuai oleh DAPig. Bahaya..memang bahaya kedudukan kita orang-orang melayu sekiranya pembangkang mentadbir negara dan Anwar jadi Perdana Menteri.
Walau bagaimanapun, perkara itu bukan mudah buat Anwar untuk mencapainya. Beliau terpaksa menghadapi laluan yang berduri dan akan ditentang habis-habisan oleh rakyat yang sayangkan kerajaan yang ada sekarang iaitu Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh DS Najib Tun Razak. Kita semua tahu siapa Anwar sebenanya. Beliau seorang 'politisian' yang banyak bermasalah. Dari segi moral dan....banyak lagilah....tak payah nak diterangkan satu-persatu. Anda semua pun lebih arif tentang sifat Anwar. IBM nak tanya, layakkah Anwar jadi Perdana Menteri yang seterusnya?. Tepuk dada tanya selera. Dan..nasihat IBM kepada semua, jangan ulangi kesilapan yang lampau kerana memilih pakatan. Ubah minda anda, insyallah negara kita akan aman, rakyat sejahtera. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment