Pages

Wednesday, May 16, 2012

Nasihat DS Najib : "Jangan Kacau-Bilaukan Negara"...Ada Faham Kah??



DI HADAPAN kira-kira 1,500 rakyat Malaysia dari seluruh United Kingdom yang berkumpul bersama Perdana Menteri di sini semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sesiapa pun berhak menyokong kerajaan atau pembangkang, namun biarlah ia mengikut keluhuran undang-undang.

Katanya, kerajaan sekarang boleh menerima ketidaksamaan dalam pandangan, tapi ia haruslah dilakukan secara berhemah kerana kita tidak mahu negara menjadi kacau-bilau. Pinta beliau, berkelakuanlah secara bertamadun, janganlah memalukan orang di khalayak ramai, itu bukan cara orang Malaysia, katanya sambil menerima tepukan gemuruh daripada rakyat Malaysia - para perantau, para pelajar dan orang Malaysia yang sayangkan negara yang datang dalam majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Dewan Indigo, Arena O2, Greenwich, timur London, petang semalam.

Nampaknya rata-rata rakyat Malaysia di United Kingdom dapat menerima kedatangan DS Najib dan isteri, Datin Rosmah Mansur dan memberikan tepukan yang gemuruh semasa beliau berucap dihadapa mereka. Rata-rata yang datang amat teruja melihat Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turun dari pentas, dalam suasana yang cukup santai, bertemu, beramah mesra, dan bergambar dengan mereka - walaupun pada peringkat awal ucapannya, Najib diganggu oleh dua tiga lelaki yang menjerit-jerit slogan antikerajaan kepadanya.

Dengan sopan juga DS Najib menyuruh lelaki tersebut supaya jangan ganggu majlis tersebut dan memberi peluang supaya lelaki Cina tersebut datang berjumpa dengannya. Tapi....lelaki tersebut terus menghilangkan diri dan meninggalkan majlis tersebut. IBM yakin, mereka-mereka itu adalah kuncu-kuncu Ambiga yang cuba memalukan Perdana Menteri kita di sana, tapi sebaliknya. Dia pulak yang cabut lari. Memang dasar pembangkang 'tak ada telo'. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment