Pages

Tuesday, May 29, 2012

Nik Aziz Kata Bukan Melayu Boleh Jadi PM, Bagaimana Kalau Di Kelantan MB Bagi Pada Bukan Melayu??



KALAU Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan dan mencadangkan bahawa bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri, kini , beliau dicabar untuk meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam dan menyerahkan tempat tersebut kepada Datuk Anuar Tan Abdullah (gambar) bagi membuktikan kata-katanya bahawa bukan Melayu boleh menjadi pemimpin di negara ini. Adakah Nik Aziz berani menyahut cabaran itu? Cabaran tersebut datangnya dari sebuah Pertubuhan NGO yang mengatakan bahawa  Anuar yang juga ahli Exco kerajaan Pas Kelantan layak menggantikan tempat Nik Abdul Aziz untuk menerajui negeri ini berdasarkan kriteria tersebut.

Mengikut kata salah seorang pemimpin NGO tersebut, memang benar Islam sudah cukup untuk seseorang menjadi Perdana Menteri tetapi keadaan semasa di negara ini berbeza di mana Melayu adalah majoriti. Dan..mereka cabar Nik Aziz letak jawatan dalam masa 24 jam dengan serah kepada Anuar (gambar) - seorang berketurunan Cina, elok sangat bagi jawatan itu kepada Anuar sebab dia (Nik Aziz) sudah lama jadi Menteri Besar dan selalu sakit.

Memang benar Islam sudah cukup untuk menjadi Perdana Menteri tetapi dalam keadaan sekarang Melayu lebih layak kerana majoriti, sebagai contoh di Kelantan 95 peratus penduduk adalah Melayu dan Islam maka orang Melayu lebih layak menjadi Menteri Besar.
Malah, anak Nik Aziz, Nik Abduh sendiri menyebut Melayu lebih layak jadi Perdana Menteri disebabkan majoriti dan ini Tanah Melayu, bukan Cina punya. 

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak kisah siapa menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam. Ia berasaskan prinsip Islam tidak menetapkan bangsa tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, semua pihak juga perlu berhati-hati agar tidak tertipu dengan individu yang menukar agama hanya untuk kepentingan tertentu dan bukannya mahu beriman kepada Allah SWT.

Antara Kenyataan Nik Aziz Di Akhbar Baru-Baru Ini :


IBM setuju dengan kenyataan dari Pertubuhan NGO tersebut. Memang ada lojiknya. Dan, sepekara lagi yang perlu kita fikirkan.  Bagaimana kalau kita bagi bukan Melayu beragama Islam jadi pemimpin, lepas menjadi Perdana Menteri tiba-tiba dia murtad?.. macam mana sebab sekarang banyak masalah macam itu, ada ramai yang masuk Islam sebab hendak kahwin dan selepas itu murtad. Kita takut juga tertipu dan perlu beringat takut ada kesan sampingan, masuk Islam hanya untuk nama Islam tetapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu seperti Salman Rushdie, betul tak para pembaca sekalian?.

Harap  Nik Abdul Aziz perbetuikan kepala otak beliau, jangan sampai dia mati orang mengelar Nik Aziz memang 'nyanyuk' dan dah tak boleh pakai. Nilaikan semua perkara tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan agar tidak timbul kekeliruan. Sebab, Nik Aziz terlalu mengikut 'emosi' dek terlalu marahkan pemimpin-pemimpin Umno dan dendam kesumatnya tersimpan di lubuk hatinya sampai bila-bila. Gila...memang gila Nik Aziz ni. Sanggup putuskan tali persaudaran sesama Islam demi politik. Tak faham den. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment