Pages

Monday, May 21, 2012

Pakatan Rancang 'Pertumpahan D...arah' Pada 28 April Lalu??


MELALUI himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, rupa-rupanya pembangkang sudah bersedia dan merancang untuk menjadi himpunan tersebut sebagai 'himpunan berdarah'. Itulah yang di dedahkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abd Rahim Nor. Dahsyat..memang dahsyat mereka-mereka ini. Demi untuk kepentingan pribadi para pemimpin mereka, sanggup berbuat apa saja, asalkan 'impian' pemimpin yang mereka sanjungi tercapai.

Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor mendakwa Pakatan Rakyat akan menggunakan "pertumpahan darah" semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu kerana tidak berkeyakinan akan menawan Putrajaya. Dalam wawancara dengan akhbar Berita Minggu semalam, Abdul Rahim berkata panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 3.0 perlu meneliti perkara itu.

Menurut Tan Sri Abdul Rahim lagi, beliau ada terima maklumat berbaur hasutan kononnya pembangkang tidak yakin menawan Putrajaya dan memilih pendekatan pertumpahan darah. Jesteru, katanya sudah semestinya kenyataan seperti itu harus dipantau, dicegah segera. Jika betul ada ucapan seperti itu, panel perlu kaji segenap aspek itu, katanya. Tambahnya, panel berkenaan juga perlu menyiasat gabungan NGO dalam BERSIH yang kini berubah menjadi gerakan massa – yang berniat membangkit kemarahan rakyat dan mengguling kerajaan.



IBM memang yakin dengan apa yang dikatakan oleh Tan Sri Rahim. Kalau le Tan Sri Rahim nak berbohong atau mengada-adakan cerita, apa yang beliau dapat.? Bagi Tan Sri Rahim, kenapa harus dia membuang masa, duduk kat rumahkan bagus. Tapi....bagi seorang bekas KPN dan cintakan negara, beliau terpaksa mendedahkan kepada orang ramai akan muslihat pembangkang yang ingin mengulingkan kerajaan yang ada sekarang, iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN).


Di samping itu, ekoran pendedahan oleh Tan Sri Rahim Noor, pelbagai pandangan dan komen dari pengikut-pengikut pakatan. ada yang mengatakan Tan Sri Rahim dan tua, nyanyuk dan bermacam-macam cacian yang diberi. Biasalah tu. Pengikut-pengikut merekakan dibayar untuk berdemo dan membuat komen. Dan lagi, apabila IBM baca komen mereka di akhbar pro mereka (pembangkang), semuanya komen kosong, langsung tak isi dan fakta. Semuanya mengikut emosi dan memaki hamun, langsung tak ada kualiti. Kesian budak-budak tu semua. Cuba anda baca beberapa komen (dibawah) dari pengikut-pengikut pakatan yang mengutuk Tan Sri Rahim. Sayang, mereka-mereka ini telah di pergunakan. ~ IBM




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment