NAJIB melayan warga tua, Lee Mook Ying, 65 dan Abdulah Ahmad, 90, ketika majlis makan tengah hari di Rumah Sejahtera Orang Tua Seri Kembangan, semalam.
DUA hari lalu, Datuk Seri Najib Razak mendampingi ratusan ribu belia sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, semalam pula beliau menyerlahkan ciri kepemimpinan seorang Perdana Menteri dengan menyelami dan menyentuh hati warga tua. Dalam lawatan sejam ke Rumah Sejahtera Seri Kembangan, di sini, Najib yang amat prihatin dengan nasib warga tua, turut mengumumkan dua insentif untuk penghuni semua pusat jagaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Insentif itu ialah lawatan pegawai perubatan setiap bulan ke semua 48 pusat jagaan warga tua serta yuran pemasangan dan langganan percuma stesen televisyen berbayar, ASTRO. Lawatan pegawai perubatan bagi membolehkan ujian saringan kesihatan dan rawatan dilakukan ke atas penghuninya berkuat kusa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada masyarakat dan negara.
Najib berkata, fokus pemeriksaan bulanan adalah terhadap lima penyakit yang sering dihadapi oleh warga tua iaitu darah tinggi, kencing manis, masalah sendi, mata dan paru-paru. Lima penyakit ini adalah penyakit yang selalu dihadapi warga tua. Oleh itu, pemeriksaan teliti akan memberi ruang dan peluang lebih baik kepada warga tua, katanya ketika berucap pada Program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KAR1SMA) Warga Emas bersama Perdana Menteri. Lebih 1,500 warga emas dari Selangor dan Kuala Lumpur menghadiri program berkonsepkan ramah mesra yang memberi peluang kepada mereka bertemu secara dekat dengan Perdana Menteri sebagai menghargai jasda dan sumbangan golongan itu kepada negara.
Mengenai yuran pemasangan dan langganan ASTRO, Perdana Menteri berkata, insentif itu untuk tiga hingga lima tahun membabitkan 17 pusat jagaan kendalian Pertubuhan Sukarela Kebajikan berdaftar dengan JKM dan 22 Pusat Aktiviti Warga Emas di bawah JKM. “Warga tua memerlukan aktiviti mengisi masa lapang kerana minda digunakan untuk program dan aktiviti sosial bermanfaat menghasilkan tubuh badan sihat,” katanya. Beliau turut mengingatkan rakyat supaya sentiasa menjaga nilai masyarakat ketimuran dengan menghargai dan menjaga warga tua.
Satu lagi Program mesra rakyat yang diilhamkan oleh Perdana Menteri DS Najib, kerana ianya menjuruskan keperhatinan kerajaan BN kepada rakyat, khususnya warga emas. Syabas DS Najib, IBM dan seluruh rakyat bangga dengan sikap mu yang begitu 'mesra rakyat' dan sudah tentu ianya menatapi slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Moga usaha ini dihargi oleh rakyat dan rakyat terus menyokong dan memberi mandat pada BN di PRU ke-13 nanti. Insyallah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment