Pages

Friday, May 25, 2012

Rakyat Menanti Dan Menanti Tarikh PRU-13??


RAMAI yang bertanya, bila pilihanraya ye?. Maka bermacam-macam cerita yang boleh kita dengar. Ada yang kata bulan Jun..Julai dan ada pulak yang kata lepas raya. Teka-lah, dan bermainlah dengan teka-teki. Masanya akan tiba juga.




Dan, majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia mahu daftar pemilih, yang menjadi pertikaian pembangkang, bersih sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.
Kenyataan dari media Merdeka Center bahawa seramai 92 peratus mahu daftar pemilih dibersihkan. Itu mengikut kajian mereka. Tapi, apa yang difahamkan, SPR telah menjalankan tugas mereka dengan penuh teliti dan sedang diperbaiki dari masa kemasa. Oleh itu , kenapa sesetengah pihak terutamnya pembangkang masih was-was dan ragu terhadap SPR?. Apa lagi sebenarnya yang mereka nak?. 
Begitu juga dengan kenyataan dari Merdeka Center kononnya penemuan itu juga mendapati bahawa hanya 44 peratus responden melahirkan keyakinan bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah bebas daripada unsur-unsur salah guna dan kepincangan manakala 49 peratus responden tidak yakin sama sekali. IBM nak tanya, apa betul ke pekiraan mereka tu, atau saja nak jadi 'batu api' supaya SPR tertekan dan ditekan oleh pihak pembangkang.
Cukup le tu. Jangan nak cari salah orang. SPR telah menjalankan tugas mereka dengan berkesan sekali. Ini adalah PRU yang ke-13. Bagaimana yang lepas-lepas?....kenapa sekarang baru di pertikai?. Inilah soalan yang timbul di kepala semua pencinta 'politik'. Mesti ada sesuatu yang tak kena. Apapun, kita BN telah bersedia bila-bila masa. Kita orang tak gentar dan tak kisah bila PRU ke-13 akan diadakan kerana rakyat akan sentiasa bersama BN. Insyallah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment