Pages

Monday, June 18, 2012

Abby Abadi Pun Dah Terkena 'Nasi Kangkang' PAS....


SEORANG lagi seleberiti yang agak dah kurang 'laku', tiba-tiba je meroyan dan membuat kenyataan seolah-olah 'menegakkan benang basah' bagi pihak Pas. Anda semua kenal dia. Besetatus 'janda', selebriti terkenal Abby Abadi menyatakan belia yakin tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar. Amboi, beri-ia benar Abby mempertahankan orang-orang Pas ni, ada apa-apa ke?

Nampaknya seorang lagi seleberiti terkenal sudah termasuk perangkap Pas. Beliau yang terkenal dengan watak Inspektor Aleeza dalam siri drama 'Gerak Khas', mempertahankan bahawa dalam ceramah-ceramah Pas, ahli-ahli Pas yang menyumbang derma dan mereka tidak dibayar untuk hadir seperti yang diamalkan oleh sesetengah parti politik. Parti Politik mana yang dimaksudkan oleh Abby ni?. Cara Abby bercakap ni seolah-olah beliau dah lama berdamping dengan Pas.

Ataupun, beliau sendiri yang mendapat bayaran. Maklumlah cari makan. Tapi..Pas pun apa kurangnya, memang pandai berdrama, berlakun dan mengelirukan orang ramai dengan tipu muslihat mereka sehingga Abby sendiri tidak sedar bahawa Pas menggunakan beliau bagi tujuan politik kotor mereka. Kesian Abby kalau itu benar-benar berlaku. Kalau nak dikatakan Abby kena 'kelentong' oleh Pas, tidak jugak, kerana Abby sendiri yang mencelah (berucap) ketika Pengerusi Majlis seorang ustaz (tak tahu namanya) mengumumkan pelancaran kutipan tersebut.

Dalam ucapannya (Abby) menceritakan tentang pengalamannya yang selama ini hanya melihat Islam itu sebagai 'rutin', maksudnya ramai-ramai pergi solat Jumaat dan acara-acara keagamaan, tetapi tidak melihat kehidupan sosial. Aduhai, sekarang baru Abby sedar. Adakah Abby juga kan mengikut langkah seorang seleberiti yang dah tak laku, Aishah namanya, menyalahkan Umno kerana tidak menolong dan membimbing beliau untuk mengenal dan mendekatkan diri dengan Islam. Kenapa nak salahkan Umno pulak?

Apapun, kita tunggu dan lihat perkembangan si Abby ni selanjutnya. Adakah beliau kan membuat kenyataan yang membabitkan Umno dan akan menyalahkan Umno seperti apa yang Aishah lakukan baru-baru ini. Isu ini baru berlaku, belum sampai ke tahap yang mana boleh kita perbahaskan, dan tidak adillah kita menghentam dan menghukum Abby dengan begitu keras sekali. IBM sekadar memulakan cerita tentang Abby ini yang seakan-akan dah termasuk perangkap Pas.

Harap Abby dapat berfikir yang mana baik dan buruk demi untuk masuk depan krier sebagai seorang selebriti yang sudah pun terkenal. Moga ianya kekal 'Abadi'. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment