Pages

Friday, June 15, 2012

Cetek Sungguh Pemikiran Pemimpin-Pemimpin PAS Ni....


DEK kerana pengaruh politik yang begitu tebal dan terlalu ghairah untuk menang di PRU ke-13 nanti, Pas sanggup meminta dan merayu agar pengikut-pengikutnya tangguhkan hasrat untuk pergi menunaikan haji pada tahun ini. Kenapa le cetek sungguh pemikiran pemimpin-pemimpin Pas ni? Apa mereka ingat semua yang nak pergi menunaikan haji tu dah tentu mengundi mereka ke?

IBM rasa malas le nak ulas panjang-panjang tentang isu ini kerana sudah sah Pas adalah parti yang mendahulukan politik, kuasa dari memperjuangkan Islam seperti apa yang mereka war-warkan. Itu semuanya bohong.

Mari kita kongsikan bersama akan kenyataan yang dibuat oleh Mufti Selangor tentang pembatalan ibadah haji yang pertama. Jom baca :

Membatalkan niat menunaikan fardu haji kali pertama dengan sengaja adalah HARAM hukumnya. Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid (gambar) berkata, haji adalah 'fardu ain' kepada semua yang belum pernah mengerjakannya dan cukup syarat yang ditetapkan. "Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakan haji dan ini adalah kali pertama, di mana cukup bekalannya sepanjang berada di sana dan cukup bekalan yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya di sini dan aman perjalanannya, maka hukumnya wajib. "Jika dibatalkan niat itu hanya kerana duniawei...sekiranya dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji maka matinya dalam keadaan jahiliah," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu ahlinya menangguhkan niat menunaikan haji pada tahun ini bagi 'memfokuskan Pilihan Rya Umum ke-13 (PRU13).


Kenyataan Tuan Ibrahim itu disokong Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kerana menurutnya, berdasarkan hukum, haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.Menurut Mohd Tamyes, mereka yang mahu menunaikan haji kali kedua atau ketiga dan seterusnya hukumnya adalah sunat. “Ini terpulang kepada individu sama ada mahu meneruskan niatnya ataupun tidak. Apabila hukumnya sunat, jika dilakukan pahala ganjarannya dan jika tidak dilakukan tidak berdosa. “Tetapi jika mereka yang telah berniat di dalam ihram dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon yang dia terpilih menjadi calon wakil  rakyat dan diminta pulang ke kawasan, maka haram hukumnya jika membatalkan niat itu walaupun ianya adalah haji yang kedua atau ketiga,” katanya. Bagaimanapun, Mohd Tamyes berpendapat, walaupun individu itu pernah menunaikan haji kali pertama dan dapat peluang kedua adalah elok diteruskan niatnya itu. “Bagi mendapatkan kuota haji ini bukan senang, ada yang perlu  menunggu berpuluh tahun baru berpeluang menunaikan haji. Pada pandangan saya, rugilah bagi individu itu jika melepaskan peluang yang diperolehinya. “PRU berlangsung pada setiap lima tahun, tetapi peluang untuk mengerjakan haji bukan mudah untuk diperolehi,” katanya.

Jelas betapa songsangnya politik Pas yang mana mereka mengejar hal duniawei, bukan tuntutan agama seperti yang mereka war-warkan. Kalau dah mengamalkan politik songsang tu, inilah jadinya. Mereka tarik semua ahli-ahlinya menjadi songsang. Kesian mereka-mereka tu yang jadi pak turut. IBM belum ada kesempatan lagi untuk ke tanah suci. Insyallah, masanya akan tiba. Sekian. Wassalam. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment